Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih.
KENYATAAN AKHBARPERSATUAN ULAMA MALAYSIACAWANGAN NEGERI SELANGOR(PUMCS)
Assalamualaikum w.b, Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam. Salawat dan salam kepada junjungan besar Muhammad S.A.W dan keluarga serta sahabtanya. Berikutan degan perkembangan mutakhir ini yang melibatkan pertikaian orang ramai terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, khususnya isu berkaitan fatwa mengenai pengkid dan yoga maka pihak kami ingin menjelaskan pendirian seperti berikut;
1. Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan satu insititusi yang menghimpunkan para ulama dan cendikiawan Islam iaitu para mufti negeri-negeri selain pakar-pakar berkaitan bagi membincangkan sesuatu isu dan perkara. Pihak kami percaya segala keputusan yang dibuat sudah tentulah berdasarkan perbincangan yang mendalam dari segi ilmiah dan akademik berdasarkan metodologi yang telah diguna pakai oleh para ilmuan Islam sejak ribuan tahun serta mengambil kira keperluan siyasah syar’iyyah dan maqasidnya bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah. Institusi ini juga diwujudkan untuk menangani permasalah yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dan umatnya dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.
2. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menyatakan agar orang ramai khususnya masyarakat awam agar menghormati dan akur dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa Kebangsaan serta memahami tugas dan tanggung jawab mereka terhadap Islam dan umatnya. Kepada umat Islam, disarankan agar memperhebatkan kegiatan menimba ilmu selain bertanya kepada pihak yang muktabar agar mendapat penjelasan yang komprehensif terhadap isu-isu yang berkaitan agama Islam sesuai dengan firman Allah, ” Bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.”( al-Nahl : 43, al-Anbiya : 7 ).
3. Kepada umat bukan Islam, diingatkan supaya tidak mencampuri urusan dan hal-ehwal dalaman umat Islam kerana ia tidak pernah menyentuh hak dan hal-ehwal penganut bukan Islam dalam menjalankan urusan keagamaan berdasarkan kepercayaan mereka agar suasana harmoni penuh bertolak ansur ini dapat terus dikecapi oleh masyarakat plural dengan penuh kedamaian dan saling hormat-menghormati.
4. Kami juga amat mengalu-alukan agar dialog dan perbincangan bernuansakan ilmiah sentiasa diadakan antara semua pihak bagi memamahami antara satu sama lain sesuai dengan firman Allah, ” Dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik.”( al-Nahl : 125 ).
5. Kami juga menyokong saranan YAB Perdana Menteri agar semua orang menghormati dan memahami fatwa tentang yoga justeru yang diharamkan ialah yoga yang mengandungi unsur yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam dan bukannya yoga yang semata-mata bersifat senaman jasmani. WalLahu A’lam
.Sekian , terima kasih.
Yang benar,
ZAMRI BIN MOHD SAPIK
Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia,
Cawangan Negeri Selangor Darul Ehsan.
http://www.pumselangor.org/







![Star Wars: The Old Republic E3 2009 Jedi vs. Sith Trailer [HQ]](http://img.youtube.com/vi/62RAK4arstU/2.jpg)









