PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Thursday, Sep 21st

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Soal Jawab

MASALAH RUMAH TANGGA

  • PDF

Soal jawab yang berlaku antara saya dan seseorang yang tidak dikenali melalui SMS. Moga boleh jadi input, info dan manfaat yang berguna.

(anonymous) WOMEN : Askum..Bang Rumaizi. Sy nak minta pendapat. Bolehkah seorang isteri meminta cerai kerana kemiskinan suaminya dan apa hukumnya. Harap dapat membantu.

AKU : Siapa ni ?

WOMEN : Mangsa rumah tangga. Tolonglah bagitahu…..

AKU : Banyak faktor kena ambil kira bagi menjawabnya. Ikut situasi dan keadaan. Hukum asal memang tak boleh, tetapi hukum teranjal menurut premisnya. Nasi asalnya halal jadi haram kerana sebab-sebab tertentu. Begitu dalam kes ini.

WOMEN : Boleh ke seorang suami dipaksa menceraikan isterinya sedangkan dia masih sayangkan isterinya dan tak sanggup berpisah dengan anak-anaknya.

AKU : Cerai paksa tidak sah.Maksud paksa ialah apa-apa yang mengancam nyawa, fizikal. Dalam kes ni hakim akan tentukan. Kalau setakat tong kosong bukan paksa namanya. Semua bergantung pada suami. Lafaz cerai bukan boleh main-main. Suami ada kuasa menceraikan isteri, isteri ada hak tuntut fasakh. Banyak perkara kena lihat. WalLahu a’lam.

WOMEN : Maksud saya paksa dari segi batin. Isteri bermasam muka, mencari punca agar suami melepaskannya. Sebumbung tapi tak bercakap. Layan sex pun kerana terpaksa rela. Tak mau bermesra. Sentiasa minta jangan diganggu, sedangkan suaminya sentiasa dahagakan kemesraan. Bagi saya itu adalah “paksaan”…

AKU : Ikut hukum syarak itu bukan paksa. Kalau macam tu isteri memenag berdosa besar.

WOMEN : Salahkah kalau suami hanya mampu berikan keperluan tapi tak dapat berikan kemewahan ?

WOMEN : Tengah sibuk ke…lom jawab ni ? Salahkah kalau suami hanya mampu berikan keperluan tapi tak dapat berikan kemewahan.Dan apakah mahkamah boleh berikan fasakh kepada isteri untuk kes begini ?

AKU : Amat salah kalau buat perangai macam tu.Kemewahan benda yang datang dan pergi. Hari ini mungkin miskin , esok lusa jadi senang siapa tahu ? Hari ini kaya raya, esok lusa jadi miskin banyak terjadi. Cuba tonton filem “In pursuit of Happyness” lakonan Will Smith, sebuah kisah benar. Cuba lihat bapak seorang &^%$#$%, dulu kaya sekarang miskin. Anak-anak tak mengaku bapak pulak tu.Merempat di pekan $#&%. Rasulullah lagi miskin tetapi hati Aishah tetap bersyukur. Saidina Ali lagi papa kedana tetapi Fatimah tidak pernah merungut. Pernah dia bersungut kepada nabi, nabi ajar bersabar dan sebut Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar. Sebab tu saya kata kena tengok kes.Apa pun perlakuan isteri seperti itu amat berdosa.

WOMEN : Alhamdulillah…lapang dada saya. Terima kasih untuk hari ini kerana sudi menjawab. Masih banyak soalan yang saya nak tanya . Harap tak jemu….Assalamualaikum.

AKU : Terima kasih kembali.Moga pendapat yang saya beri jadi manfaat dan ilmu yang berguna.Kalau miskin kerana suami pemalas nak mampus, tidur je, tahi judi, kaki botol, mat pet ada kes untuk tuntut fasakh dan hak wanita untuk hal itu.Tapi kalau miskin dalam keadaan dia tidak malas, ada kerja, bertanggung jawab, beriman, maka tiada sebab untuk minta cerai. Sabar dan banyakkan doa.Mula-mula hiduop dulu aku pun susah. Bergolok bergadai. Bertahun-tahun hidup susah. Namun langit tak selalu mendung. Bagi yang kaya sekarang, ingatlah langit pun tak selalu cerah. WalLahu A’lam.

WOMEN : Tmbh sikit, kalau kemiskinan suaminya disebabkan kerana berkorban untuk anak-anaknya . Contoh suami ada kerja tetap tetapi rezeki kurang.Dia tak dapat nak buat part time kerana tiada siapa menguruskan hal sekolah dan makan minum anaknya. Satu lagi dia berkorban dmi kerjaya isterinya. Dia terpaksa cuti supaya isterinya dapat bekerja dengan sempurna. Ini sudah menjejaskan pendapatan suami. Camner pulak kes ni?

AKU : Ini kira suami bagus le. Sepatutnya saling berkorban. Bersukur dam bersabarlah, “
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” Al Baqarah : 214. Dapat suami macam ni pun tak bersyukur lagi ke ? Ada kes dapat suami baik tapi miskin dia minta cerai. Lepas tu kawin dengan orang kaya, mewah, tetapi suami jahat, kaki betina, kaki botol, suka main kaki tangan. Mana lebih derita ? WaLlahu A’lam.

WOMEN : Suami kerja kampung, gaji anggaran RM 1000. Isteri kerja kilang gaji RM 2500. Tolong bg pandangan.

WOMEN : Suami rasa rendah diri dan takutkan isteri terbeban dengan kerjayanya lalu tarik segala keistimewaan yang mengikut adat, seperti pakaian, makan minum dan lain-lain diuruskan sendiri. Wajarkan suami buat macam tu…?

AKU : Suami kena sediakan segalanya. Tapi tak salah isteri bersedekah kepada keluarga.. Khadijah janda korporat, kawin dengan gembala kambing. Khadijah berkorban harta untuk agama dan suami tercinta. Suami hargai dengan menjadi yang terbaik adanya. Ada contoh depan mata daripada sirah nabi mulia. Pelajarilah teladan ini. ”Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) Yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan KAUM KERABAT, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam perjalanan. dan (ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya). Al-Baqarah : 215. Bukankah suami juga kaum kerabat dan kalau miskin pula masuk dalam ORANG MISKIN> Dalam hidup berkeluarga perlu ada timbal balas, tolak ansur kerana KITA BERKONGSI SEGALANYA dari kepunyaan Allah. Saya doakan anda bersabar, teguh iman dan berbahagia. Amin.

KORBAN UNTUK SIMATI

  • PDF

SOALAN;

Assalamualaikum ustaz,

Bolehkah saya membuat korban sempena hari raya haji nanti untuk kedua orang tua saya yang telah meninggal dunia? Terima kasih.

Amnnar, KL.

 

Pendapa yang masyhur dan dipandang muktamad dalam mazhab Syafe’i. ialah tidak mengharuskan korban untuk simati melainkan dengan wasiat sebagaimana yang dinyatakan dalam Sabil al-Muhtadin, Syaikh Arsyad al-Banjari, Jil.2., m.s. 228 : Tiada harus lagi tiada memadai mengkorban orang yang mati dengan tiada wasiat daripadanya maka bersalahan dengan sedeqah bersalahan jikalau dengan wasiat maka yaitu harus.Demikian Sabil al-Muhtadin.

Demikian juga dalam Furu’ al-Masail, yang diterjemahkan oleh Syaikh daud fatani; Jil.1, m.s. 264-265; Suila r.a.; Bolehkah ia korbankan seorang bagi orang lain dengan tiada izinnya atau ia korbankan orang mati (Maka jawabnya) Tiada boleh seorang mengkorbankan seorang lain samada orang hidup atau orang mati dengan tiada izinnya pada orang hidup dan tiada wasiatnya pada orang yang mati bersalahan jika ada izinnya atau ada wasiatnya maka sah inilah qawl yang muktamad khilaf bagi kata Ibn Al-Qattan katanya boleh. Demikian kitab Furu’ Al-Masail.

Juga dalam Matla’ al-Badrayn, Muhammad bin Ismail Daud fatani, h.82; Dan tiada sah pula diperbuat adhhiyyah bagi orang mati jika tiada ia wasiat dengan dia adapun apabila berwasiat dengan dia maka sah diperbuatkan adhiyyah baginya dan wajib atas orang yang memperbuat adhiyyah bagi mayat dengan izinnya ia bersedekah dengan sekaliannya tiada bagi dirinya dan tiada pula bagi orang yang wajib atasnya nafkahnya.

Demikian dalam Mughni Al-Muhtaj Al-Syaikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini, Jil.4, h.390; Wala tadhhiyata ‘anil ghayri bi ghayri iznihi wala ‘an mayyitin in lam yuSi biha walaupun ketika mensyarahykannya beliau ada menyebut ada qil (pendapat) yang menyatakan sah korban untuk mayat walaupun tanpa wasiat berdasarkan hujah bahawa sedekah bermanfaat untuk mayat. Dalam kitab al-Majmuk, Imam nawawi Jil. 8, hal.382. menyatakan qil atau pendapat tersebut antaranya ialah pendapat Abu al-Hasan al-Ibadi sebagaimana juga Ibn al-Qattan . Namun beliau (Nawawi) menyatakan pengarang al-‘uddah wa al-baghawi mengatakan tidak sah korban untuk simati melainkan dengan wasiat dan hal ini yang dipandang qat’ie oleh Imam Ar-rafi’i dalam al-Mujarrad.

 

Hal ini berdasarkan firman Allah;

 

br&ur }§øŠ©9 Ç`»|¡SM~Ï9 žwÎ) $tB 4Ótëy™ ÇÌÒÈ

Al-Najm : 39. dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;

Hal ini dikeranakan korban itu memrlukan niat dan orang mati sudah tidak boleh berniat lagi kecuali dia berwasiat di mana wasiatnya itu adalah niat dan wajib ditunaikan umpama nazar.

Inilah pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi’i sebagimana difatwakan oleh Fatwa Negeri Kedah; Mengikut pendapat yang muktamad tidak harus diperbuat korban untuk orang yang meninggal duniakecuali ada wasiat daripadanya. dan fatwa negeri terengganu; Jawatankuasa fatwa berpendapat mengenai amalan korban kepada simati adalah tidak diharuskan oleh syara' kecuali apabila diwasiatkan oleh simati.

 

Soal Jawab Dengan Anak Muda Yang Kebingungan Tentang Kematian Kakaknya.

  • PDF

Berikut ialah soalan-soalan yang ditanyakan oleh seorang remaja yang kebingungan tentang kematian kakanya dalam kemalangan. Tulisan dan lenggok bahasa remaja tersebut dikekalkan, maklumlah bebudak zaman sekarang, menggunakan lenggok bahasa yang lari daripada nahu dan laras bahasa.

(Terima kasih kepada emak saudara kepada rakan remaja ini yang telah mengirimkan soalan-soalan ini kepada saya. Mudah-mudahan jawapan saya akan memuaskan hatinya. Moga Allah berikan rahmat kepadanya. )

1. Betul ke kakak aku akan dpt balasan syurga, anak2 dia akan tarik dia mase kiamat nt.mcmmane plak ngn ayah diorg.dpt balasan yg same ke.
2. Ade yg ckp skang kakak aku dh naik ke syurga ngn anak2 die, bukan ke die kene soal dulu dlm kubur..yg mane betul
3. Tiap2 mlm aku mengaji sedekah kt arwah.mcmane kl ade bacaan aku yg salah..ade pe2 kesan ke kt arwah..aku risau.ni aku plan nk mik kelas mengaji kt masjid shah alam.aku takut sedekah aku tu x sampai sb bacaan aku ade yg salah
4. Aku dh buatkan fidyah puase tuk arwah.aku x sure berape byk pose yg arwah x sempat ganti, so aku buat tuk 60 hari terus..sebagai waris, masih kene gantikan ke puase yg tertgl tu..aku mmg plan nk wat gilir2 ngn adik aku, niat ganti tuk arwah…boleh kan..
5. Skang ni tiap kali balik kg mst aku singgah kubur..sb dulu kl lik, mst aku singgah umah arwah dulu..betul ke ade yg ckp, salah kl selalu tabur daun pandan ngn bunga kt kubur..arwah dulu suke bunga, so tiap kali lawat mst aku tabur bunga
6. Aku ade beli yasin, sedekah kt surau, masjid, sedekah duit kt sek, beli kitab sedekah kt sek agama..sume kitorg wat atas nama arwah..ni boleh ringankan siksaan dlm kubur kan..ade x cara lain lg..

JAWAPAN

1. Betul ke kakak aku akan dpt balasan syurga, anak2 dia akan tarik dia mase kiamat nt.mcmmane plak ngn ayah diorg.dpt balasan yg same ke.

1.1. Semua orang mukmin, ahli tauhid yang beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW walau sebesar biji atom akan masuk syurga. Firman Allah;

“Seungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. “Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. balasan Yang demikian itu untuk orang-orang Yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Al-Bayyinah : 7-8)

Rasulullah SAW bersabda;
Sabda Rasulallah SAW; Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya aku adalah pesuruh Allah, tidaklah seseorang yang bertemu dengan Allah (mati) dengan meyakini kedua pengakuan itu tanpa ragu melainkan masuk ke dalam Syurga (HR Muslim).

Cara orang mukmin masuk syurga ada pelbagai;
i- Masuk syurga tanpa hisab – masuk terus.
ii- Masuk syurga setelah dihisab – amal baik lebih banyak dari amal jahat (pahala lebih banyak dari dosa) selain orang yang banyak dosa tetapi mendapat pengampunan Allah SWT dengan rahmat-Nya.
iii- Masuk syuga setelah dihukum dalam neraka akibat dosanya sangat banyak mengatasi pahalanya. Ini adalah pelaku dosa2 besar serta mereka yang tidak melakukan rukun-rukun Islam dan tidak mendapat pengampunan Allah.

1.2.

Hadis Abu Said Al-Khudriy ra katanya: “Seorang perempuan datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Orang lelaki boleh mendengar hadis daripadamu pada bila-bila masa. Oleh itu luangkan satu hari kepada kami untuk kami pelajari daripadamu apa yang diajarkan Allah SWT. Baginda bersabda: Berhimpunlah kamu pada hari yang tertentu. Rasulullah SAW kemudian mendapatkan mereka serta mengajar beberapa perkara yang diajarkan oleh Allah SWT. Lalu baginda bersabda: “Sesiapa dari kalangan kamu yang kematian tiga orang anak, nescaya mereka (si anak) akan menjadi penghalang ibunya daripada diazabkan dalam neraka. Seorang perempuan bertanya: Bagaimana dengan mereka yang kematian dua anak. Baginda bersabda: “Begitu juga mereka yang kematian dua anak,” sabda Baginda – HR Muslim.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” ( HR at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Dari Anas r.a berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Setiap orang Islam yang kematian 3 orang anaknya yang belum dewasa (baliq), maka ia akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga atas berkat rahmat Allah terhadap anak-anaknya itu” [HR. Bukhari dan Muslim]

Daripada hadis di atas menunjukkan bukan ibu sahaja tetapi juga siayah berdasarkan kata nabi “Barangsiapa”.

2. ade yg ckp skang kakak aku dh naik ke syurga ngn anak2 die, bukan ke die kene soal dulu dlm kubur..yg mane betul

2.1. Orang yang mati akan melalui ujian di dalam kubur kecuali orang yang mati syahid dan orang yang mati pada hari Jumaat. Ibnu Qayyim rahimahullah juga ada menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari siksa kubur, di antaranya; Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah, Mati syahid di jalan Allah, Membaca surat Al-Mulk, Meninggal kerana sakit perut, dan Meninggal dunia pada hari Jum’at.

Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda:
“Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur” Hadis Riwayat Tarmizi. Walaupun ada ulama yang menolak hadis ini kerana menganggapnya lemah, ada yang mengatakannya sahih srbagaimana dinyatakan dalam kitab Fathul Mu’in.

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
“Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?” Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah.” Rasulullah bersabda: “Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit.” Mereka bertanya: “Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid.” (Hadis Riwayat Muslim(3539)

Berdasarkan hadis-hadis tersebut ada Ulama yang mengkiaskan mati dalam kemalangan juga termasuk dalam mati syahid (sbb zaman nabi dulu takda eksiden kereta) justeru cukuplah kesakitan semasa menghadapi kemalangan itu menjadi kafarah untuk di dalam kuburnya.

2.2. Walaupun seseorang mukmin dan saleh itu menghadapi ujian dan soal jawab dalam kubur, kemudiannya ia akan dibuka baginya taman-taman syurga sepanjang persemadiannya dalam alam barzakh sehingga terasa ia berada di dalam syurga.

Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang hamba Allah dikebumikan dan kawan-kawan meninggalkannya, si mati itu mendengar hentak kasut mereka, dua malaikat pun datang kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Orang mukmin itu menjawab, “Saya mengaku bahawa dia adalah hamba Allah lagi Rasul-Nya.” Selepas itu malaikat itu berkata lagi, “Lihatlah tempat kamu di dalam Neraka, sesungguhnya Allah telah menukarkan tempatmu di dalam Syurga.” Lalu orang yang dikebumikan itu melihat kedua-dua tempatnya itu. (Qatadah menambah, kami diberitahu bahawa kuburnya itu diperluaskan. Kemudian Qatadah menyebut riwayat Anas yang berkata:) Manakala orang munafik atau kafir akan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Dia akan menjawab, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” Lalu ditanya lagi, “Kamu tidak tahu dan kamu tidak mengikut petunjuknya (dengan membaca al-Quran).” Selepas itu dia dipukul dengan tukul besi dengan satu pukulan yang menyebabkan dia menjerit-jerit. Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600)

Hadis Ibnu Umar r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka. Diberitahu kepadanya: Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kiamat. HR Muslim : 5110

3. tiap2 mlm aku mengaji sedekah kt arwah.mcmane kl ade bacaan aku yg salah..ade pe2 kesan ke kt arwah..aku risau.ni aku plan nk mik kelas mengaji kt masjid shah alam.aku takut sedekah aku tu x sampai sb bacaan aku ade yg salah

3.1. Sebagai seorang Islam kita perlulah belajar membaca al-quran kerana itu adalah sebaik-baiknya;

Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”
Hadith riwayat Bukhari.

Namun demikian, ketika dalam proses belajarnya berlaku susah payah dan bertatih dalam pembacaan ia akan tetap diberi pahala bahkan dapat dua pahala.

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
HR Muslim.

Insya Allah, pahala tersebut akan sampai kepada simati asalkan ikhlas mengerjakannya.

Firman Allah :pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar. Al-Bayyinah : 5

Walaubagaimanapun, pahala amal kebaikan tergantung pada solatnya seseorang. Seorang yang tidak bersolat, maka akan tergantung segala pahala baiknya jadi bagaimana dia boleh sedekah pahala yang tergantung lantaran tidak solat ? Kerana itu disebut solat itu tiang agama.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (HR Thabrani)

4. aku dh buatkan fidyah puase tuk arwah.aku x sure berape byk pose yg arwah x sempat ganti, so aku buat tuk 60 hari terus..sebagai waris, masih kene gantikan ke puase yg tertgl tu..aku mmg plan nk wat gilir2 ngn adik aku, niat ganti tuk arwah…boleh kan..

Para ulama tidak sepakat tentang penggantian puasa simati. Ada yang menyatakan cukup dibayarkan fidyahnya sekadar mana yang diketahui bilangan puasa yang ditinggalkan. Ini berdasarkan ayat dalam surah al-baqarah : 184 ;

”Maka ia wajib membayar fidyah kepada fakir miskin ”.

Ada yang mengatakan boleh digantikan puasa untuknya oleh walinya / warisnya berdasarkan hadis; Aisyah Rhadiyallahu’ anha, Rasulullah bersabda : Artinya : “Barangsiapa yang meninggal sedang ia masih menanggung kewajiban puasa, maka walinya berpuasa untuknya.” (HR. Bukhori No. 1952 dan Muslim No. 1147)

Namun jumhur ulama tidak memberatkan waris untuk wajib berpuasa untuk simati, cukup dibayarkan fidyah.

Dalam kes ini, yang paling awla untuk menggantikan puasa simati samada membayar fidyah atau qada untuknya ialah suami simati walaupun semua kaum kerabat boleh melakukannya berdasarkan pandangan Ibn Hajar.

5. skang ni tiap kali balik kg mst aku singgah kubur..sb dulu kl lik, mst aku singgah umah arwah dulu..betul ke ade yg ckp, salah kl selalu tabur daun pandan ngn bunga kt kubur..arwah dulu suke bunga, so tiap kali lawat mst aku tabur bunga

Tidak salah menabur bunga di atas kuburan kerana bertujuan agar bunga yang segar itu yang masih sentiasa berzikir dapat emringankan siksa kubur simati jika ada berdasarkan hadis;

Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya selagi ia belum kering.” (Riwayat Bukhari, no: 1378 dan Muslim, no: 292)

Dikatakan dalam kitab-kitab seperti Sabil al-Muhtadin dan Bughyatul
Tullab, bab tabur bunga, tanam pokok atau siram air ini disunatkan kerana
dapat mendinginkan mayat dalam kubur serta pokok atau bunga itu selagi
basah dapat bertasbih untuk keringan siksaan pada mayat. Namun sebahagian ulama berpendapat perbuatan tersebut tidak disyariatkan dan hadis di atas hanye menunjukkan kekhususan kepada Rasulullah SAW sahaja. Ini diperkuatkan dengan perkataan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma ketika melihat sebuah tanda di atas kuburan Abdurrahman,
“Wahai anak muda, cabutlah itu! Hanya amal perbuatannya saja yang
menaunginya” . Demikian yang diperjelaskan oleh Imam Bukhari sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Rusyd: “Nampaknya dari
penjelasan Imam Bukhari rahimahullah bahawa hal itu khusus untuk dua orang itu saja.

Justeru itu ada ulama yang menegah kita supaya menabur bunga pada setiap kali ziarah kubur bagi mengelakkan pembaziran. Apa yang penting sekali ialah doa kita untuk simati. WalLahu A’lam.

6. aku ade beli yasin, sedekah kt surau, masjid, sedekah duit kt sek, beli kitab sedekah kt sek agama..sume kitorg wat atas nama arwah..ni boleh ringankan siksaan dlm kubur kan..ade x cara lain lg..

Para ulama ijnak mengatakan sedekah atas nama simati boleh dan sampai pahalanya berdasarkan kisah Saad bin Ubadah yang kematian ibunya ketika beliau ketiadaan bersamanya. Lalu Saad datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: “Sesungguhnya ibuku telah wafat ketika aku ketiadaan bersamanya. Jika aku bersedekah atas namanya, adakah ia memberinya manfaat?” Jawab baginda: “Ya”. Saad berkata: “Aku mempersaksikan tuan bahawa kebunku Mikhraf adalah sedekah atas namanya (ibunya)”.HR Bukhari (no: 2605)

WalLahu A’lam.

 

Sumpah mubahalah Saiful Bukhari

  • PDF

Soalan:

Saya amat keliru dengan sumpah Saiful Bukhari terhadap dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ia mengikut kaedah mubahalah yang ditetapkan Islam ?

Membuat pinjaman untuk menunaikan haji

  • PDF

Soalan :-

Terdapat pelbagai pendapat mengenai perkara ini. Pada pendapat saya, saya bukan dala kategori orang yang tidak berkemampuan untuk menunaikan haji hanya kerana saya tidak mempunyai simpanan tetap ke arah itu. Gaji bulanan saya hanya cukup untuk menampung hutang bulanan seperti pinjaman kenderaan, rumah, kad kredit dan sebagainya. Adakah ini boleh dijadikan alasan sebagai tidak berkemampuan untuk menunaikan haji ?

Pegangan Tidak Bermazhab

  • PDF

Soalan :-

Baru-baru ini saya bertemu dengan soorang sahabat yang mengatakan dirinya tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kerana ajaran yang dibawa oleh Rasulullah telah cukup sempurna.