PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Tuesday, Jul 25th

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Program Ziarah Dakwah JAULAH DAKWAH 2012

JAULAH DAKWAH 2012

  • PDF

PUMsel dengan kerjasama PUM sabah dan JAKIM Sabah telah mengadakan program Jaulah Dakwah. Jaulah Dakwah adalah program tahunan PUMsel yang telah dirancang dalam tqawim tahunan. Tahun lalu Sarawak menjadi pilihan dan tahun 2012 negeri sabah telah dipilih sebagai destinasi dakwah. Program yang 22 hingga 25 Jun 2012 telah disertai oleh 10 orang exco PUMsel.

Antara aktivit yang dijalankan ialah lawatan dan ramah dialog bersama JAKIM Sabah, pertemuan khas bersama PUM Sabah, Dakwah ke Pualau Mantanani, Lawatan ke Sekolah Tahfiz kelolaan PUM Sabah dan beberapa aktiviti yang telah disusun. Selain itu, exco PUMsel juga turut mengadakan kuliah maghrib di 10 tempat secara serentak dan setiap exco ditugaskan untuk menyampaikan kuliah di 10 masjid terpilih.

PUMsel ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan jaulah pada kali ini. Semoga Allah membalas jasa baik mereka dan semoga Allah memberkati usaha murni ini serta dikira sebagai amal jariah.