PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Tuesday, Jul 25th

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Program Seminar & Konvensyen SEMINAR GEN Y : PENENTU MASA DEPAN MALAYSIA

SEMINAR GEN Y : PENENTU MASA DEPAN MALAYSIA

  • PDF

PENGENALAN
 
Generasi Y atau ‘generasi Millenium’ ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi manusia yang lahir sekitar tahun 1977 hingga 1997. Namun ada juga yang berbeza dalam menentukan tarikh bagi kelompok ini.Contohnya, terdapat beberapa tokoh seperti William Strauss dan Neil Howe’s yang memulakan tarikh permulaan bagi generasi ini pada 1982 hingga penghujung tahun ’90-an.
 
Walaupun berbeza dari sudut penentuan tahun, namun kelompok generasi Y (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ini sebenarnya berkongsi ciri-ciri ketara yang sama berdasarkan kepada keadaan zaman ketika kelahiran mereka seperti peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, peranan pemimpin, pembangunan dan kecenderungan zaman ketika itu.
 
Jika diperhatikan dengan teliti, dalam tempoh masa terdekat ini,kelompok generasi Y bakal menerajui hala tuju masa hadapan bermula dengan institusi kecil keluarga, masyarakat setempat, negeri dan seterusnya ke peringkat negara. Namun, jika ditimbang antara tanggungjawab yang bakal dipikul dan situasi semasa yang melingkari kehidupan kita ketika ini, hanya menampakkan pertumbuhan generasi Y ke arah perkembangan positif yang masih terumbang-ambing.
 
Tidak cukup dengan statistik kebejatan sosial yang semakin membarah dalam kalangan generasi muda yang ketinggalan di dalam pelajaran atau masih di bangku sekolah, ia turut merebak kepada kelompok golongan terpelajar di institut pengajian tinggi. Perkara ini yang amat membimbangkan. Apakah sandaran harapan yang kita ada?
 
Sehubungan itu, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor dan Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia & Sukan, Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Seminar Gen-Y yang memberi fokus kepada memahami psikologi dan biologi Generasi Y serta mencari solusi manhaj dakwah yang berkesan. Hasrat ini juga selaras dengan gagasan Kerajaan Negeri Selangor ke arah membina generasi belia Selangor yang berwibawa, beriman dan bertaqwa. Semoga Seminar ini menjadi wadah terbaik untuk para ilmuan, pendakwah, remaja bermuzakarah dan menghasilkan solusi terbaik bagi setiap isu yang dibentangkan.

Tarikh : 29 Disember 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewam Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor Shah Alam

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

9.00 pagi : SESI 1
Penjenamaan Generasi Manusia Menurut Perspektif Al-Quran Hadith
Oleh : YBhg Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
(Pendakwah / ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu)

Ekspresi Gen Y Terhadap Dakwah
Oleh : YBhg. Ustaz Hj. Mohd Zamri Bin Zainal Abidin
(Pendakwah / Mantan Perantara Radio IKIM fm)
 
10.30 pagi : SESI 2
Generasi Y dan Z dari Aspek Perkembangan Psikologi
Oleh : YBhg Prof. Madya Dr. Mariani bin Md. Noor
(Universiti Malaya / Juri Rancangan Solehah TV Al-Hijrah)

Fenomena Media Baru : Sikap dan Sudut Pandang Gen Y
Oleh : YBhg Profesor Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah
(Universiti Malaysia Kelantan / Penganalisa Politik)
 
12.00 tghari: UCAPTAMA
Gagasan Melonjak Harapan Belia Negara
Oleh : YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
(Exco Adat Melayu, Belia & Sukan, Kerajaan Negeri Selangor)
 
2.00 petang : SESI 4
Bicara : Santai Bersama Selebriti : Hijrah Gen Y
YBhg. Puan Yatt Hamzah
YBhg. Cik Diana Amir
YBhg. Sdra Mel Wings
 
3.30 petang : SESI 3
Persepsi Gen Y terhadap Politik
Oleh : YBhg. Profesor Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman
(Profesor, Universiti Malaya)

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila hadir terus atau buat pendaftaran sebelum atau pada 27 Disember 2012 dengan menghubungi:
 
Sdra. Azmi : 016-274 6550
En Nizam   : 012-291 1335
Sdra Hakimi : 013-384 0710
Pejabat: 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Website: http://www.pumselangor.org