PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Saturday, May 19th

Last update08:19:51 PM GMT

You are here: Program Seminar & Konvensyen RESOLUSI SEMINAR FENOMENA NAJIS MUGOLLAZAH DALAM DUNIA KONTEMPORERI, TAHUN 2009

RESOLUSI SEMINAR FENOMENA NAJIS MUGOLLAZAH DALAM DUNIA KONTEMPORERI, TAHUN 2009

  • PDF

17 Syaaban 1430 / 8 OGOS 2009
AUDITORIUM SIRIM BERHAD, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Menginsafi bahawa Standard Halal adalah suatu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah dan suatu keperluan utama pada masa ini, berikutan penggunaan bahan Babi yang meluas. Maka Seminar Fenomena Najis Mugolazah Dalam Dunia Kontemporeri Tahun 2009 bersetuju menerima usul berikut :

1. Semua pihak hendaklah mengembelingkan tenaga semaksima mungkin bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan standard halal dalam semua keperluan harian di kalangan umat Islam sama ada di peringkat nasional atau international agar jati diri muslim dapat diperkasakan.

2. Saintis Muslim hendaklah berusaha dengan lebih gigih bagi menggantikan bahan-bahan dari unsur Babi dalam semua produk keperluan umat Islam supaya cita-cita untuk  mencapai tahap sifar Babi dapat dicapai.

3. Mendesak pihak berwajib supaya

i) Memperkasa usaha penyelarasan dan penguatkuasaan standard Halal di kalangan agensi-agensi yang berkaitan dengan lebih menyeluruh dan tegas.
ii) Menyegerakan pembentangan Akta Halal di Parlimen, Malaysia agar ia boleh dilaksnaakan dan dikuatkuasakan supaya agensi yang berkaitan dengan sijil halal boleh dikawal dan  wibawa mereka boleh dipertingkatkan dimata pengguna dan pengusaha produk Halal.
iii) Kajian mengenai penubuhan pusat ternakan babi moden hendaklah diteruskan agar boleh dilaksanakan bagi melindungi alam sekitar dari pencemaran yang berpanjangan. Namun demikian ia hanyalah bagi memenuhi keperluan orang bukan Islam di Malaysia dan bukan tujuan eksport.
iv) Pendidikan Vaterina di Malaysia hendaklah diperkasakan bagi memenuhi keperluan cabaran semasa dengan mengambil kira tuntutan agama dan sensitivity sosiobudaya setempat.
v) Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hendaklah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jabatan Standard Halal Malaysia agar ia lebih berkesan dalam menangani produk halal di Malaysia.
vi) Jabatan Standard Malaysia, hendaklah dilibatkan secara aktif dalam menggubal dan mengawal selia pemberian sijil halal oleh agensi-agensi yang dilantik oleh pihak kerajaan agar ketelusan dan keselarasan standard halal dapat dicapai.

4. Kajian ke atas kaedah Istihalah dalam pengajian fiqh perlu diperhalusi bagi menangani ledakan Bioteknologi dalam industri pertanian, penternakan, pemakanan, kesihatan, kosmetik dan lain-lain. Justeru para ulamak di seru supaya lebih pro aktif dalam menangani isu-isu sains semasa supaya manfaat perkembangan sain dan teknologi dapat di gunakan dalam keadaan serasi dan bertepatan dengan tuntutan Syarak.

5. Umat Islam didesak supaya meningkatkan kesedaran dan daya sentiviti yang tinggi untuk menolak pengunaan produk-produk yang mempunyai usnsur Babi agar pihak pengeluar akan lebih berhati-hati dan pihak berkuasa lebih bersungguh-sungguh menangani isu standard Halal.