PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Tuesday, Jul 25th

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Program Seminar & Konvensyen

Seminar & Konvensyen

SEMINAR GEN Y : PENENTU MASA DEPAN MALAYSIA

  • PDF

PENGENALAN
 
Generasi Y atau ‘generasi Millenium’ ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi manusia yang lahir sekitar tahun 1977 hingga 1997. Namun ada juga yang berbeza dalam menentukan tarikh bagi kelompok ini.Contohnya, terdapat beberapa tokoh seperti William Strauss dan Neil Howe’s yang memulakan tarikh permulaan bagi generasi ini pada 1982 hingga penghujung tahun ’90-an.
 
Walaupun berbeza dari sudut penentuan tahun, namun kelompok generasi Y (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ini sebenarnya berkongsi ciri-ciri ketara yang sama berdasarkan kepada keadaan zaman ketika kelahiran mereka seperti peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, peranan pemimpin, pembangunan dan kecenderungan zaman ketika itu.
 
Jika diperhatikan dengan teliti, dalam tempoh masa terdekat ini,kelompok generasi Y bakal menerajui hala tuju masa hadapan bermula dengan institusi kecil keluarga, masyarakat setempat, negeri dan seterusnya ke peringkat negara. Namun, jika ditimbang antara tanggungjawab yang bakal dipikul dan situasi semasa yang melingkari kehidupan kita ketika ini, hanya menampakkan pertumbuhan generasi Y ke arah perkembangan positif yang masih terumbang-ambing.
 
Tidak cukup dengan statistik kebejatan sosial yang semakin membarah dalam kalangan generasi muda yang ketinggalan di dalam pelajaran atau masih di bangku sekolah, ia turut merebak kepada kelompok golongan terpelajar di institut pengajian tinggi. Perkara ini yang amat membimbangkan. Apakah sandaran harapan yang kita ada?
 
Sehubungan itu, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor dan Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia & Sukan, Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Seminar Gen-Y yang memberi fokus kepada memahami psikologi dan biologi Generasi Y serta mencari solusi manhaj dakwah yang berkesan. Hasrat ini juga selaras dengan gagasan Kerajaan Negeri Selangor ke arah membina generasi belia Selangor yang berwibawa, beriman dan bertaqwa. Semoga Seminar ini menjadi wadah terbaik untuk para ilmuan, pendakwah, remaja bermuzakarah dan menghasilkan solusi terbaik bagi setiap isu yang dibentangkan.

Tarikh : 29 Disember 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewam Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor Shah Alam

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

9.00 pagi : SESI 1
Penjenamaan Generasi Manusia Menurut Perspektif Al-Quran Hadith
Oleh : YBhg Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
(Pendakwah / ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu)

Ekspresi Gen Y Terhadap Dakwah
Oleh : YBhg. Ustaz Hj. Mohd Zamri Bin Zainal Abidin
(Pendakwah / Mantan Perantara Radio IKIM fm)
 
10.30 pagi : SESI 2
Generasi Y dan Z dari Aspek Perkembangan Psikologi
Oleh : YBhg Prof. Madya Dr. Mariani bin Md. Noor
(Universiti Malaya / Juri Rancangan Solehah TV Al-Hijrah)

Fenomena Media Baru : Sikap dan Sudut Pandang Gen Y
Oleh : YBhg Profesor Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah
(Universiti Malaysia Kelantan / Penganalisa Politik)
 
12.00 tghari: UCAPTAMA
Gagasan Melonjak Harapan Belia Negara
Oleh : YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
(Exco Adat Melayu, Belia & Sukan, Kerajaan Negeri Selangor)
 
2.00 petang : SESI 4
Bicara : Santai Bersama Selebriti : Hijrah Gen Y
YBhg. Puan Yatt Hamzah
YBhg. Cik Diana Amir
YBhg. Sdra Mel Wings
 
3.30 petang : SESI 3
Persepsi Gen Y terhadap Politik
Oleh : YBhg. Profesor Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman
(Profesor, Universiti Malaya)

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila hadir terus atau buat pendaftaran sebelum atau pada 27 Disember 2012 dengan menghubungi:
 
Sdra. Azmi : 016-274 6550
En Nizam   : 012-291 1335
Sdra Hakimi : 013-384 0710
Pejabat: 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Website: http://www.pumselangor.org
 

SEMINAR FIQH PUASA DAPAT SAMBUTAN

  • PDF

PUMsel melalui Unit Penyelidikan telah menganjurkan program Seminar Fiqh Puasa bersempena dengan Ambang Ramadhan 1433 H /2012 M. Seminar yang berlangsung pada 14 Julai 2012 telah diadakan di Masjid Al-Hasanah, Bangi. Seramai 100 orang hadir mengikuti Seminar separuh hari ini.

Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan iaitu Hukum Hakam & Fatwa Berkenaan Puasa oleh YBhg Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menjana Taqwa Melalui Ibadah Puasa oleh Dr Luqman Bin Abdullah (Pensyarah Uni. Malaya) dan Puasa Dari Aspek Kesihatan dan Perubatan oleh Dr Abdul Aziz Marwan (Pensyarah Fakulti Perubatan USIM).

Seminar ini mengetengahkan objektif yang tersendiri untuk memberi kefahaman dan penghayatan Ramashan kepada masyarakat untuk menghadapi Ramadhan dengan berkualiti mengikut hukum hakam Islam. Selain itu, mendedahkan kepada masyarakat hikmah pensyariatan puasa melalui kaca mata fiqh dan perubatan.Tutur hadir merasmikan program ialah Pengerusi PUMsel iaitu YBhg Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamad Syapik.

Menurut YBhg Ustaz Zamri, PUMsel mengambil pendekatan inovasi dalam berdakwah dengan menganjurkan seminar fiqh puasa dikala hebatnya promosi-promosi bazar ramadhan, ceramah ambang ramadhan tetapi PUMsel mengetengahkan isu fikah agar menjawab persoalan-persoalan rutin tentang ibadah puasa. Insyallah, PUMsel akan keluarakan buku dan risalah berkaitan ramadhan untuk diberikan kepada masjid-masjid sekitar negeri selangor sebagai panduan tazkirah ramadhan.


KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011

  • PDF

PENGENALAN

Riba merupakan elemen teras yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Dasar ini telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman”

Negara Malaysia bolehlah dikira sebagai antara pelopor penting dalam perkembangan industri kewangan Islam. Penubuhan institusi kewangan Islam dalam konteks Malaysia adalah langkah penting dan praktikal bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman riba. Sejak penubuhan perbankan berteraskan syariah yang pertama pada era 80-an iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, sehingga kini telah terdapat lebih 17 buah perbankan Islam yang telah diberikan lesen operasi oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Pun begitu, sehingga ke hari ini, masih terdapat pihak-pihak yang belum memahami sepenuhnya hakikat riba dan aplikasinya dalam sistem kewangan moden hari ini. Ditambah pula dengan tohmahan-tohmahan oleh pihak-pihak tertentu yang telah menyatakan bahawa perbankan Islam pada hari juga adalah bersekongkol dengan sistem riba moden.

Perkara seumpama ini telah menambahkan lagi kekusutan yang ada selain dapat merencatkan perkembangan serta kepesatan perbankan dan kewangan Islam. Perkara ini secara langsung telah memberikan kesan terhadap tahap pematuhan serta penerimaan umat Islam terutamanya kepada produk-produk kewangan Islami.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor [PUMSEL] terus mengatur langkah menyediakan platform perbincangan ilmiah bagi merungkai persoalan-persoalan kewangan yang melibatkan hukum Syarak. PUMSEL berpandangan isu-isu yang berbangkit ini perlulah dibincangkan secara ilmiah dan telus dalam mengemukakan solusi kepada permasalahan berbangkit.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah;

1.      Menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam.

2.      Memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama’ muktabar.

3.      Menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

08.00 pg       Pendaftaran Peserta

09.00 pg UCAPUTAMA DAN PERASMIAN

09.30 pg     SESI 1

Riba: Takrif dan Konsepnya Menerusi Al- Quran dan As- Sunnah

Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Haji Hanafi, Dekan Kuliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah

Aplikasi Riba Dalam Sistem Kewangan Semasa: Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas

Oleh: Ustaz Mohd. Nazri bin Chik, Ketua Jabatan Shariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

10.30     pg     Minum pagi

.

11.00 pg       SESI 2

Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Sistem dan Operasi Perbankan Islam Semasa: Tinjauan dan Ulasan

Oleh: Dr. Abdul Rashid bin Dail, mantan Prof. Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Aplikasi Syariah Dalam Produk Kewangan

Oleh: Ustaz Mohd. Zamerey bin Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank

12.30     tgh    Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur

02.30 ptg      SESI 3

Isu- Isu Semasa Riba dalam Jual Beli Emas dan Perak

Oleh: Ustaz Mohamad Fairooz bin Abdul Khair, Penyelidik Bersekutu, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Pengharaman Riba Serta Kaitannya Dengan Konsep Tasawwuf

Oleh: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

05.00 ptg Penutup dan  Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan (Seorang) :

Agensi Kerajaan, Swasta, NGO           = RM 150

Individu/ Perseorangan                         = RM 100

Ahli PUM                                           = RM   70

Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah   = RM   50

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 05 Mei 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi               : 013-384 0710

En Nizam                  : 012-291 1335

Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301

Faks                           : 03-5511 4302

Email                         : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Website                    : http://www.pumselangor.org

MUNAQASAH E-MASJID

  • PDF

MUNAQASAH E-MASJID

TARIKH : 26 FEB 2011

HARI : SABTU

TEMPAT : MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR

MASA : 8.00 PAG HINGGA 11.00 PAGI

PENGENALAN

Mutakhir ini memperlihatkan era pembangunan teknologi eletronik semakin pesat berkembang. Perkembangan ini haruslah direbut dengan sebaiknya untuk kemaslahatan dan manfaat umat Islam di Malaysia khasnya. Kemampuan menggunakan teknologi dalam menyampaikan dakwah dan mesej Islam kepada masyarakat khususnya di masjid, dalam bentuk pancaran LCD yang diselangi dengan paparan gambar-gambar yang menarik serta alunan bunyi-bunyian termasuk bacaan zikir, bacaan al-quran dan alunan muzik sememangnya akan dapat menyentuh sanubari pendengar. Kemampuan menggunakan alat bantu elektronik dalam meyampaikan mesej dakwah di masjid pastinya akan lebih memberikan kesan positif terhadap masyarakat. Selain itu, ia turut menggambarkan kemajuan Islam di Malaysia dalam menghadapi arus kebangkitan teknologi di samping menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memanfaatkan teknologi ini ke arah kebaikan Islam itu sendiri.

Namun demikian, keharusan menggunakan alat bantu eletronik dalam menyampaikan mesej dakwah Islamiah sama ada ketika menyampaikan khutbah atau menyampaikan kuliah agama di masjid pastinya tidak secara mutlak. Hal demikian adalah bagi menjaga kesucian masjid sebagai rumah Allah dan tempat ibadah umat Islam.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Cawangan Selangor (PUMSEL) berhasrat untuk mengadakan program munaqasah e-masjid. Program ini dirancang dengan hasrat untuk membicarakan sejauh manakah keharusan penggunaan alat bantu eletronik dalam menyampaikan dakwah di dalam masjid. Apakah pra syarat yang patut dipatuhi pendakwah dalam keghairahan menggunakan alat bantu eletronik dalam dakwah. Semua persoalan ini insyaallah akan terjawab dengan program yang akan diadakan nanti.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah:

  1. Menjelaskan keberkesanan penggunaan alat bantu elektronik dalam menyampaikan dakwah di masjid dan hukumnya pada kaca mata Islam.
  2. Memberikan pendedahan kepada nazir dan Ahli Jawatankuasa masjid dan masyarakat tentang kepentingan menggunakan bantuan alatan eletronik dalam penyampaian dakwah di masjid.
  3. Menjelaskan produk-produk e-masjid yang berinovasi kratif dan inovatif para da’ei masa kini.
  4. Melahirkan masyarakat celik agama, komited dan konsisten dalam melaksanakan semua ajaran agama mengikut landasan al-quran dan al-sunnah.

ANJURAN

Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) dan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)

PENYERTAAN

Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat terdiri daripada kalangan ahli akademik, wakil agensi kerajaan, nazir dan AJK masjid seluruh negeri selangor dan masyarakat awam yang berminat.


PEMBENTANGAN

e-Masjid Satu Sorotan Dalam Hukum Syarak
Oleh: Tuan Haji Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi, Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Fatwa e-Khutbah
Oleh: Ustaz Muhammad Zarifi bin Mohd Daud
Pegawai Penyelidik, JAKIM

Aplikasi e-Masjid Realiti Hari Ini
Oleh: Ustaz Muhamad Faisal Asha’ari
Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam UKM

Aplikasi e-Masjid : Melonjak Pengimarahan Masjid
Oleh: Sdra. Mohd Khairunnizam Mhd Supian
Senior Analyst, Technology, Virtual Banking, Maybank

Produk-produk e-Masjid Inovasi Kreatif Da’ie Hari Ini
Oleh : Prof. Dr. Zulkifli Abd Ghani
Timbalan Dekan, Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan USIM

e-Masjid : Pengalaman Masjid di Singapura
Oleh : Wakil Singapura

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 24 Februari 2011 dengan menghubungi:


Sdra. Azmi               : 013-384 0710
Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks                           : 03-5511 4302
Email                         : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Website
: http://www.pumselangor.org


Pengesahan kehadiran bolehlah difakskan terus ke : 03-5511 4302 atau email ke : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau SMS (sila nyatakan --) ke nombor 013-3840710.

SEMINAR ANTARABANGSA BALDATUN TOYYIBAH (II): MODEL UTHMANIYYAH

  • PDF

PENDAHULUAN

Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan kekhalifahan Islam yang terakhir sebelum ia dijatuhkan oleh puak sekular Kemalis yang dikatakan didalangi oleh Yahudi dan Barat. Kelangsungan kerajaan ini selama tahun meliputi tiga benua utama dunia, Asia, Afrika dan Eropah. Apa yang menarik, kejatuhan kota Constantinople pernah diriwayatkan dalam satu hadis yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan mengatakan raja yang menawannya adalah raja yang terbaik dan ternyata raja itu daripada dinasti Uthmaniyyah.

Kerajaan Islam Usmainah seolah-olah berada dalam dua zaman, zaman silam dan zaman moden. Tentu banyak khazanah tinggalan kerajaan besar ini yang boleh menjadi teladan dan sempadan kepada kita dalam menggagaskan sebuah negara idaman di zaman pasca-modernisme ini.

OBJEKTIF

Mempelajari, menilai, menganalisis dan meneladani Tamadun Islam Uthmaniyyah dari aspek;

1. Bagaimanakah para Khalifah kerajaan Uthmaniyyah menerapkan pemerintahan Islam mereka yang meliputi tiga benua yang salah satunya mencetuskan pemodenan masa kini ?
2. Bagaimanakah corak kehidupan masyarakat majmuk mereka boleh melestarikan pemerintahan Islam selama ratusan tahun ?
3. Bagaimanakah dinamika fiqh dan kodifikasi undang-undang terkembang di empayer Uthmaniyyah serta kesesuaian paradigmanya dalam merekonstruksi idea-idea fiqh dan undang-undang di negara kita khasnya.
4. Apa saja dari tamadun ini yang boleh kita ikuti demi merealisasikan impian sebuah baldatun tayyibah – the good governance yang diimpikan oleh rakyat Malaysia.
5. Apa teladan yang boleh dipelajari daripada kesilapan dan kejatuhan tamadun Islam Uthmaniyyah agar menjadi sempadan yang berguna untuk kita.

Dan seterusnya mendapatkan kesimpulan dan pengusulan bagi merealisasikan Selangor maju menurut Perspektif Islam.

PEMBENTANGAN

Kertas 1 : Sejarah ringkas kebangkitan dan kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
Oleh  : Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 2  : Perkembangan Fiqh dan Usul di Empayar Uthmaniyyah.
Oleh   : Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 3 : Kodifikasi Undang-Undang dan Sistem Keadilan Uthmaniyyah
Oleh   : Dr Saim Kayadibi
Jabatan Syariah Dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 4  : Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah : Satu Pengajaran Berharga
Oleh: Prof. Dr. Fadhulah Jamil
Universiti Sains Malaysia (USM)

Kertas 5 : Kewarganegaraan dalam Sistem pemerintahan Uthmaniyyah: Satu Kajian dalam Konteks Kewarganegaraan Negara Islam  Moden.
Oleh  : Prof. Madya Dr Ahmad Zaki Ibrahim
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya

Kertas 6 : Aplikasi Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam  Uthmaniyyah.
Oleh  : Dr. Amir bin Shaharuddin
Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia

Kertas 7  : Tamadaun Islam Uthmaniyyah : Aspek Kesenian dan Budaya   Islami
Oleh  : Dr. Eeman Muhammad Abbas
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kertas 8  : Kerajaan Islam Uthmaniyyah dan Hubungan Antarabangsa
Oleh: Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

MASA TARIKH TEMPAT

Tarikh  : 29 Januari 2011 / Sabtu
Masa  : 8:30 pagi hingga 5:00 petang
Tempat :Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

YURAN PENYERTAAN

RM 100.00 setiap individu
RM 150.00 setiap wakil institusi
RM   50.00 setiap pelajar

SEKRETARIAT

Pej PUM Pusat  : 03-5512 4300 / 03-5511 4301 (En Azmi)