PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Saturday, May 19th

Last update08:19:51 PM GMT

You are here: Program

PROGRAM LAMBAIAN MAHABBAH - AMBANG 2012

  • PDF

Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) bersama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Pustaka Sheikh Nuruddin (PSN Publications) akan menganjurkan Malam Lambaian Mahabbah sempena Tahun Baru 2012 pada 31 Disember 2012 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah (Majlis Negeri Selangor).

Aturcara Program adalah seperti berikut :

1. Solat Sunat Tasbih

2. Zikir Munajat

3. Kuliah Khas bersama Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari

4. Ceramah Khas oleh Ustaz Azhar Idrus selepas Solat Isyak di Dataran Shah Alam.

Semua muslimin, muslimat, remaja-remaja untuk hadir bagi mendapat pengisian ilmu didalam program ini. Ayuh sama-sama kita mempromosikan program ini dan mengajak golongan remaja seramai mungkin daripada hadir. Alternatif pengisian tahun baru 2012 ke arah yang lebih baik dan bermanfaat.

KULIAH KHAS BERSAMA SHEIKH NURUDDIN AL-BANJARI

  • PDF

PUMSEL telah mengadakan program Kuliah Khas Ramadhan pada 18/8/2011 di Hotel De Palma, Shah Alam bersama tokoh Ulama Nusantara Fadhilatus Sheikh Nuruddin AL-Banjari. Kuliah khas ini sempena Majlis berbukan puasa Hotel De Palma dan di hadiri oleh ahli PUMSEL dan masyarakat awam. Tajuk Kuliah khas mengupas isu Fiqh Puasa dan berlangsung dalam bentuk sesi Soal Jawab. Sepanjang 30 minit sesi soal jawab berlangsung sebelum majlis berbuka puasa.

Al-Fadhil Ust Zamri Syapik turut hadir dan menyatakan rasa terima kasih dan bersyukur atas kelancaran majlis serta sambutan sangat memberangsangkan oleh tetamu yang hadir. Majlis turut diserikan dengan alunan nasyid naripada kumpulan nasyid Brothers.

Fadhilatus Shikh Nuruddin Al-Banjari banyak mengupas isu-isu fiqh semasa masyarakat yang sering menjadi kekeliruan orang awam. Antaranya isu memasukkan jari ke dalam hidung adakah batak puasa, ibadah sunat ketika berbuka puasa, solat witir, bilangan solat terawih dan banyak lagi. Menurut Sdr Khairunnizam, Setiausaha Agung PUMSEL menyatakan, setiap tahun PUMSEL akan mengadakan majlis berbukan puasa namun istimewa pada tahun ini PUMSEL menampilkan siri kuliah khas untuk pengisian sebelum berbuka puasa.

MULTAQA ULAMA BERSAMA SHEIKH ABD LATIF FARFOUR

  • PDF

Persatuan Ulama Malaysia cawangan Selangor (PUMSEL) dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Andul Aziz Shah, Shah Alam telah menganjurkan program Multaqa Ulama' bersama Fadhilatus Sheikh Profesor Dr. Muhammad Abd Latif Muhammad Soleh Al-Farfour. Beliau adalah Ulama' masyur di Syira dan mantan Rektor Universiti Damascus, Syiria.

Multaqa Ulama' berlangsung pada 13 Ogos 2011 yang di diadakan di Bilik Seminar, Masjid Negeri Selangor, Shah Alam. Program ini dimulakan dengan perbincangan secara tertutup bersama 30 orang yang dijemput secara tertutup selama 45 Minit. Hadir sama YBhg Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, Mufti Negeri Selangor, Ustaz Mohd Zamri Syapik, Pengerusi PUMSEL dan tokoh-tokoh agama yang dijemput. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti ceramah ringkas oleh Fadhilatus Sheikh Prof Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Farfour. YBhg Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut hadir dan bertindak sebagai penterjemah kepada Fadhilatus Sheikh Abd Latif.

Selepas selesai solat fardhu asar, Prof Dr. Sheikh Abd Latif Soleh Al-Farfour bersama dengan masyarakat awam pula selama 1 jam memberi tazkirah sebelum majlis berbuka puasa. Hampir 300 orang masyarakat awam yang hadir bagi mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh beliau. Intisari ucapan Prof Dr Abd Latif Soleh Al-Farfour banyak menyentuh aspek tazkiyah Nafsi (penyucian hati). Kecelaruan masyarakat hari ini terutamanya penyakit sosial yang melanda masyarakat Islam disebabkan hati manusia yang semakin tandus. Hati adalah tempat turunnya hidayah dan rajay yang mengawal sikap manusia.

YBhg Al-Fadhil Ustaz Mohd Zamri Syapik, Pengerusi PUMSEL merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Masjid yang sudi menyediakan tempat untuk melaksanakan program ini. "PUMSEL mengambil kesempatan atas kunjungan Fadhilatus Sheikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Al-Farfour ke Malaysia untuk bermuzakarah isu-isu semasa dan memberi peluang kepada masyarakat awam mendapat pengisian daripada beliau", katanya.

KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011

  • PDF

PENGENALAN

Riba merupakan elemen teras yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Dasar ini telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman”

Negara Malaysia bolehlah dikira sebagai antara pelopor penting dalam perkembangan industri kewangan Islam. Penubuhan institusi kewangan Islam dalam konteks Malaysia adalah langkah penting dan praktikal bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman riba. Sejak penubuhan perbankan berteraskan syariah yang pertama pada era 80-an iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, sehingga kini telah terdapat lebih 17 buah perbankan Islam yang telah diberikan lesen operasi oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Pun begitu, sehingga ke hari ini, masih terdapat pihak-pihak yang belum memahami sepenuhnya hakikat riba dan aplikasinya dalam sistem kewangan moden hari ini. Ditambah pula dengan tohmahan-tohmahan oleh pihak-pihak tertentu yang telah menyatakan bahawa perbankan Islam pada hari juga adalah bersekongkol dengan sistem riba moden.

Perkara seumpama ini telah menambahkan lagi kekusutan yang ada selain dapat merencatkan perkembangan serta kepesatan perbankan dan kewangan Islam. Perkara ini secara langsung telah memberikan kesan terhadap tahap pematuhan serta penerimaan umat Islam terutamanya kepada produk-produk kewangan Islami.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor [PUMSEL] terus mengatur langkah menyediakan platform perbincangan ilmiah bagi merungkai persoalan-persoalan kewangan yang melibatkan hukum Syarak. PUMSEL berpandangan isu-isu yang berbangkit ini perlulah dibincangkan secara ilmiah dan telus dalam mengemukakan solusi kepada permasalahan berbangkit.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah;

1.      Menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam.

2.      Memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama’ muktabar.

3.      Menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

08.00 pg       Pendaftaran Peserta

09.00 pg UCAPUTAMA DAN PERASMIAN

09.30 pg     SESI 1

Riba: Takrif dan Konsepnya Menerusi Al- Quran dan As- Sunnah

Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Haji Hanafi, Dekan Kuliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah

Aplikasi Riba Dalam Sistem Kewangan Semasa: Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas

Oleh: Ustaz Mohd. Nazri bin Chik, Ketua Jabatan Shariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

10.30     pg     Minum pagi

.

11.00 pg       SESI 2

Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Sistem dan Operasi Perbankan Islam Semasa: Tinjauan dan Ulasan

Oleh: Dr. Abdul Rashid bin Dail, mantan Prof. Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Aplikasi Syariah Dalam Produk Kewangan

Oleh: Ustaz Mohd. Zamerey bin Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank

12.30     tgh    Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur

02.30 ptg      SESI 3

Isu- Isu Semasa Riba dalam Jual Beli Emas dan Perak

Oleh: Ustaz Mohamad Fairooz bin Abdul Khair, Penyelidik Bersekutu, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Pengharaman Riba Serta Kaitannya Dengan Konsep Tasawwuf

Oleh: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

05.00 ptg Penutup dan  Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan (Seorang) :

Agensi Kerajaan, Swasta, NGO           = RM 150

Individu/ Perseorangan                         = RM 100

Ahli PUM                                           = RM   70

Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah   = RM   50

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 05 Mei 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi               : 013-384 0710

En Nizam                  : 012-291 1335

Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301

Faks                           : 03-5511 4302

Email                         : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Website                    : http://www.pumselangor.org

MUNAQASAH E-MASJID

  • PDF

MUNAQASAH E-MASJID

TARIKH : 26 FEB 2011

HARI : SABTU

TEMPAT : MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR

MASA : 8.00 PAG HINGGA 11.00 PAGI

PENGENALAN

Mutakhir ini memperlihatkan era pembangunan teknologi eletronik semakin pesat berkembang. Perkembangan ini haruslah direbut dengan sebaiknya untuk kemaslahatan dan manfaat umat Islam di Malaysia khasnya. Kemampuan menggunakan teknologi dalam menyampaikan dakwah dan mesej Islam kepada masyarakat khususnya di masjid, dalam bentuk pancaran LCD yang diselangi dengan paparan gambar-gambar yang menarik serta alunan bunyi-bunyian termasuk bacaan zikir, bacaan al-quran dan alunan muzik sememangnya akan dapat menyentuh sanubari pendengar. Kemampuan menggunakan alat bantu elektronik dalam meyampaikan mesej dakwah di masjid pastinya akan lebih memberikan kesan positif terhadap masyarakat. Selain itu, ia turut menggambarkan kemajuan Islam di Malaysia dalam menghadapi arus kebangkitan teknologi di samping menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memanfaatkan teknologi ini ke arah kebaikan Islam itu sendiri.

Namun demikian, keharusan menggunakan alat bantu eletronik dalam menyampaikan mesej dakwah Islamiah sama ada ketika menyampaikan khutbah atau menyampaikan kuliah agama di masjid pastinya tidak secara mutlak. Hal demikian adalah bagi menjaga kesucian masjid sebagai rumah Allah dan tempat ibadah umat Islam.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Cawangan Selangor (PUMSEL) berhasrat untuk mengadakan program munaqasah e-masjid. Program ini dirancang dengan hasrat untuk membicarakan sejauh manakah keharusan penggunaan alat bantu eletronik dalam menyampaikan dakwah di dalam masjid. Apakah pra syarat yang patut dipatuhi pendakwah dalam keghairahan menggunakan alat bantu eletronik dalam dakwah. Semua persoalan ini insyaallah akan terjawab dengan program yang akan diadakan nanti.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah:

  1. Menjelaskan keberkesanan penggunaan alat bantu elektronik dalam menyampaikan dakwah di masjid dan hukumnya pada kaca mata Islam.
  2. Memberikan pendedahan kepada nazir dan Ahli Jawatankuasa masjid dan masyarakat tentang kepentingan menggunakan bantuan alatan eletronik dalam penyampaian dakwah di masjid.
  3. Menjelaskan produk-produk e-masjid yang berinovasi kratif dan inovatif para da’ei masa kini.
  4. Melahirkan masyarakat celik agama, komited dan konsisten dalam melaksanakan semua ajaran agama mengikut landasan al-quran dan al-sunnah.

ANJURAN

Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) dan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)

PENYERTAAN

Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat terdiri daripada kalangan ahli akademik, wakil agensi kerajaan, nazir dan AJK masjid seluruh negeri selangor dan masyarakat awam yang berminat.


PEMBENTANGAN

e-Masjid Satu Sorotan Dalam Hukum Syarak
Oleh: Tuan Haji Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi, Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Fatwa e-Khutbah
Oleh: Ustaz Muhammad Zarifi bin Mohd Daud
Pegawai Penyelidik, JAKIM

Aplikasi e-Masjid Realiti Hari Ini
Oleh: Ustaz Muhamad Faisal Asha’ari
Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam UKM

Aplikasi e-Masjid : Melonjak Pengimarahan Masjid
Oleh: Sdra. Mohd Khairunnizam Mhd Supian
Senior Analyst, Technology, Virtual Banking, Maybank

Produk-produk e-Masjid Inovasi Kreatif Da’ie Hari Ini
Oleh : Prof. Dr. Zulkifli Abd Ghani
Timbalan Dekan, Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan USIM

e-Masjid : Pengalaman Masjid di Singapura
Oleh : Wakil Singapura

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 24 Februari 2011 dengan menghubungi:


Sdra. Azmi               : 013-384 0710
Pejabat                    : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks                           : 03-5511 4302
Email                         : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Website
: http://www.pumselangor.org


Pengesahan kehadiran bolehlah difakskan terus ke : 03-5511 4302 atau email ke : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau SMS (sila nyatakan --) ke nombor 013-3840710.

SEMINAR ANTARABANGSA BALDATUN TOYYIBAH (II): MODEL UTHMANIYYAH

  • PDF

PENDAHULUAN

Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan kekhalifahan Islam yang terakhir sebelum ia dijatuhkan oleh puak sekular Kemalis yang dikatakan didalangi oleh Yahudi dan Barat. Kelangsungan kerajaan ini selama tahun meliputi tiga benua utama dunia, Asia, Afrika dan Eropah. Apa yang menarik, kejatuhan kota Constantinople pernah diriwayatkan dalam satu hadis yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan mengatakan raja yang menawannya adalah raja yang terbaik dan ternyata raja itu daripada dinasti Uthmaniyyah.

Kerajaan Islam Usmainah seolah-olah berada dalam dua zaman, zaman silam dan zaman moden. Tentu banyak khazanah tinggalan kerajaan besar ini yang boleh menjadi teladan dan sempadan kepada kita dalam menggagaskan sebuah negara idaman di zaman pasca-modernisme ini.

OBJEKTIF

Mempelajari, menilai, menganalisis dan meneladani Tamadun Islam Uthmaniyyah dari aspek;

1. Bagaimanakah para Khalifah kerajaan Uthmaniyyah menerapkan pemerintahan Islam mereka yang meliputi tiga benua yang salah satunya mencetuskan pemodenan masa kini ?
2. Bagaimanakah corak kehidupan masyarakat majmuk mereka boleh melestarikan pemerintahan Islam selama ratusan tahun ?
3. Bagaimanakah dinamika fiqh dan kodifikasi undang-undang terkembang di empayer Uthmaniyyah serta kesesuaian paradigmanya dalam merekonstruksi idea-idea fiqh dan undang-undang di negara kita khasnya.
4. Apa saja dari tamadun ini yang boleh kita ikuti demi merealisasikan impian sebuah baldatun tayyibah – the good governance yang diimpikan oleh rakyat Malaysia.
5. Apa teladan yang boleh dipelajari daripada kesilapan dan kejatuhan tamadun Islam Uthmaniyyah agar menjadi sempadan yang berguna untuk kita.

Dan seterusnya mendapatkan kesimpulan dan pengusulan bagi merealisasikan Selangor maju menurut Perspektif Islam.

PEMBENTANGAN

Kertas 1 : Sejarah ringkas kebangkitan dan kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
Oleh  : Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 2  : Perkembangan Fiqh dan Usul di Empayar Uthmaniyyah.
Oleh   : Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 3 : Kodifikasi Undang-Undang dan Sistem Keadilan Uthmaniyyah
Oleh   : Dr Saim Kayadibi
Jabatan Syariah Dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 4  : Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah : Satu Pengajaran Berharga
Oleh: Prof. Dr. Fadhulah Jamil
Universiti Sains Malaysia (USM)

Kertas 5 : Kewarganegaraan dalam Sistem pemerintahan Uthmaniyyah: Satu Kajian dalam Konteks Kewarganegaraan Negara Islam  Moden.
Oleh  : Prof. Madya Dr Ahmad Zaki Ibrahim
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya

Kertas 6 : Aplikasi Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam  Uthmaniyyah.
Oleh  : Dr. Amir bin Shaharuddin
Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia

Kertas 7  : Tamadaun Islam Uthmaniyyah : Aspek Kesenian dan Budaya   Islami
Oleh  : Dr. Eeman Muhammad Abbas
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kertas 8  : Kerajaan Islam Uthmaniyyah dan Hubungan Antarabangsa
Oleh: Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

MASA TARIKH TEMPAT

Tarikh  : 29 Januari 2011 / Sabtu
Masa  : 8:30 pagi hingga 5:00 petang
Tempat :Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

YURAN PENYERTAAN

RM 100.00 setiap individu
RM 150.00 setiap wakil institusi
RM   50.00 setiap pelajar

SEKRETARIAT

Pej PUM Pusat  : 03-5512 4300 / 03-5511 4301 (En Azmi)

ZIARAH DAN SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM WALISONGO

  • PDF

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PUM Selangor telah menyertai Program Ziarah dan Seminar Pemikiran Islam Walisongo di Surabaya pada 1 Oktober hingga 3 Oktober 2010 yang dianjurkan oleh Integrated Muslim Associations Network Selangor (IMAN). Berikut adalah catatan diari lengkap yang telah disediakan wakil PUM Selangor iaitu Ust Rumaizi bin Ahmad.

HARI PERTAMA  1 OKTOBER 2010

8:20 - Check in secara group di LCCT. Sarapan pagi secara fardi. Berkumpul di lobi untuk taklimat ringkas daripada ketua rombongan Tn.Hj.Nik Mohd. Yusoff bin Ismail (Pak Nik) yang juga Yang Dipertua IMAN.
0:20

Berlepas ke Surabaya dengan pesawat AK 517 Air Asia. Perjalanan selama hampir 2 jam. Tiba di Bandara Internasional (LTAB) Juanda pada jam 12:20 waktu Malaysia bersamaan 11:20 WIB (Waktu Indonesia Barat).

13:00 - Selesai melepasi pemeriksaan imigrasi Indonesia. Menunggu di luar pemandu pelancong Pak Suryono. Kami terus di bawa untuk makan tengaharai di Restoran Primarasa.

Selepas makan tengahari kami terus di bawa ke toko buku tersohor di Indonesia GRAMEDIA. Sempat membeli beberapa buah buku dan majalah terutamanya majalah yang mengandungi kritik terhadap ESQ 165 yang menjadi isu di Malaysia.

Kemudian berkunjung ke gedung jualan batik Indonesia. Sembahyang jamak qasar asar dan zohor di ruang solat di gedung tersebut.

19:00 - Sampai di Masjid Agung Sunan Ampel bertepatan dengan waktu maghrib. Solat maghrib berimamkan Imam Masjid Agung Sunan Ampel sebelum menjamak qasarkan isya seepasnya.

Selesai solat ziarah ke makam Sunan Ampel yang turut mengandungi makam Kiyai Sonhaji yang juga dikenali sebagai Mbah Bolong kerana melubangi Masjid Ampel bagi menentukan ketepatan arah kiblatnya masjid melalui karamahnya. Kelihatan ramai penziarah makam dengan samada secara individu atau rombongan besar dikepalai oleh ketua masing-masing yang membacakan yasin, tahlil dan pelbagai bentuk doa dan wirid. Gambar foto dalam kawasan permakaman adalah dilarang.

Setelah itu mengunjungi sekitar Arab Street, tempat menjual pelbagai barangan cenderamata, pakaian taqwa ( busana muslim), makanan dan pelbagai keperluan. Kawasan niaga tersebut terletak di sisi Masjid Agung Sunan Ampel.

Setelah itu makan malam masakan Minang di restoran Bundo Sati.

Selesai makan malam kami mendaftar masuk di Hotel Ibis Rajawali pada lebih kurang jam 22:00. Masuk ke hotal kami pun berehat untuk acara besok pagi.

HARI KEDUA - 2 OKTOBER 2010.


7:00 - Sarapan pagi di hotel. Sajian sederhana dengan nasi goreng, mi goreng, pecal, sosej, roti, pelbagai jenis kek, daging panggang, salad, bubur nasi dan sup kosong, jus buah , kopi dan teh. Yang pastinya tidak ketinggalan ialah tempe.

8:30 - Kami menuju ke Tuban, tempat persemadian Sunan Bonang. Ia antara makam yang paling jauh dan untuk ke sana melalui lebuhraya tol. Bas diparkir di tempat khas kira-kira 1 km dari kawasan makam. Untuk ke kawasan makam kami akan menaiki beca. Ia diatur sedemikian oleh pihak pemerintah untuk memberi peluang pekerjaan kepada penarik beca.

Sama seperti makam Sunan Ampel, makam ini sentiasa dipenuhi oleh para penziarah dengan kegiatan yang sama. Kawasan makam sedang dibugar dan beberapa kubur lama sedang dipindahkan untuk pembesaran kawasan. Berbeza dengan makan Sunan Ampel, kami boleh mengambil gambar foto di kawasan permakaman ini.

Selesai ziarah makam, kami makan tengahari di sebuah restoran yang terletak di kawasan niaga yang memenuhi sepanjang jalan masuk ke makam. Makanan yang dihidangkan adalah asli masakan Jawa.

Setelah itu rombongan menuju ke permakaman Sunan Derajat. Ia merupakan satu kawasan permakaman lama dengan banyak binaannya terbuat daripada kayu. Masjid Sunan Drajat juga diperbuat daripada kayu. Selain itu di kawasan permakaman ini terdapat telaga Sunan Derajat dan Muzium Sunan Drajat yang mempamerkan artifak tinggalan mereka. Sebagaimana makam yang lain, ramai para penziarah yang datang dengan amalan masing-masing.

Selain menziarahi makam dan melawat muzium, kami solat jamak dan qasar zuhur dan asar di Masjid Sunan Drajat.

Kemudian rombongan menuju ke Gresik untuk menziarahi makam Syeikh Maulana Malik Ibrahim yang merupakan pangkal bagi segala wali. Kawasan permakaman ini merupakan kawasan yang paling tua dan paling klasik terutama kawasan permakaman Kiyai Tumenggung Puspo Negoro, Bupati pertama .Gresik.

Sebagaimana makam-makam lain , makam ini juga dipenuhi oleh para penziarah. Nesan pada makam Maulana Malik Inrahim ini mempunyai pengaruh Arab-India. Semasa berada di kawasan permakaman Kiyai Tumenggung Puspo Negoro terasa kembali ke 600 tahun yang silam dengan gaya makam yang sangat purba dan klasik dengan batu-batu nisan yang tidak lagi digunakan pada masa kini.

Setelah itu kami bergerak menuju ke Giri untuk menziarahi makam Sunan Giri yang terletak di atas sebuah bukit. Sebagai tarikan kepada pelancong, bas-bas pelancong diparkir di satu tempat yang jauhnya lebih kurang 3 km daripada kawasan makam. Kami akan ke sana dengan menaiki samada motorsikal ataupun kereta kuda yang disebut sebagai dokar.

Sampai di kawasan makam, kami terpaksa memanjat tangga yang tinggi untuk naik bukit menuju Masjid Sunan Giri. Setelah selesai sembahyang Maghrib, kami menziarahi makam Sunan Giri yang terletak di sebelah masjid. Setelah itu kami pulang ke hotel.

HARI  KETIGA  3 OKTOBER 2010.

Pada hari ini, kami ke Gedung Dakwah Al-Hilal, markas besar Dewan Dakwah Indonesia (DDI) Wilayah Jawa Timur untuk program Seminar membedah Pemikiran Walisongo. Ketibaan rombongan kami disambut oleh pimpinan DDI Wilayah Jawa Timur, Surabaya. Program seminar ini sepatutnya di rasmikan oleh Bapak Timbalan Gubernur Surabaya, tetapi atas sebab yang tidak terelakkan beliau tidak dapat hadir.

Kertas-kertas kerja seminar telah dinentangkan oleh;

1. PROF.MADYA DR. AHMAD ZAKI BIN HJ.ABD.LATIF  - Wakil IMAN dari CITU, UiTM.
2. H.ALI MUFRODI – dari IAIN Sunan Ampel, Surabaya.
3. H. AMINUDIN KASDI – Pakar sejarah terutama dalam kajian tentang walisongo dari Universiti Negeri Surabaya.
4. TN. HJ. NIK MOHD YUSOFF BIN NIK ISMAIL – Wakil IMAN dari WADAH.
5. ADE SALAMUN – Pengarah Eksekutif LAZIS (Lembaga Zakat, Infaq dan Sedekah) Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDI) – yang menerangkan peranan dan info gerakerja LAZIS serta pengutusan da’i ke kawasan pedalaman oleh penuntut tajaan LAZIS.

Pada dasarnya kesemua kertas kerja yang dibentangkan membincangkan ; 1. Sejarah walisongo, 2. Pendekatan Dakwah Walisongo, 3. Akulturasi dan Sinkretisme dalam perkembangan dakwah walisongo.

Ketibaan kami disambut oleh pihak pengurusan Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia Wilayah Jawa Timur.

Selesai seminar, kami telah dibawa ke Sidoarjo, sebuah bandar yang terdapat pabrik industri berasaskan kulit. Dalam perjalanan ke kawasan perusahaan kulit kami melalui perkampungan yang ditenggelami oleh lumpur dan lahar.

Setelah itu kami pun berangkat ke Bandara Juanda untuk daftar masuk ke penerbangan pulang ke Malaysia. kami tiba di LCCT Sepang pada jam 12.00 malam.

Lawatan Dakwah JAIS bersama NGO Islam Selangor ke Serawak

  • PDF

Pada 14/5/2010 hingga 17/5/2010 yang lalu, PUM Selangor telah menyertai lawatan dakwah JAIS bersama NGO Islam Selangor ke Serawak. (akan dikemaskini dari masa ke masa)

Di LCCT
Check In
Makan tengahri di Serapi Corner
Di Ibu Pejabat JAKIM Serawak
Taklimat khas pengarah JAKIM Serawak
Kenangan bersama Pengarah JAKIM Serawak
Hari pertama : Taklimat pagi
Talimat oleh ketua rombongan Ust Safuan dan Ang Kader
Perjalanan ke Lubuk Antu
di Surau Kg Merindun Lubuk Antu
Ucapan Ketua Kampung, Pak Zakaria
Rombongan kami
Rumah panjang moden
Kampung Ensebang Jaya
Hari kedua di Kampung Segubang Bau
Rombongan kami
Kenangan bersama penduduk kampung
Singgah di kedai Kek Lapis
Hari ketiga, rombongan ke pejabat HIKMAH
Rombongan kami
Ust Idris, orang kuat HIKMAH
Lawatan ke Islamic Information Centre
Kenangan bersama stff IIC
laksa serawak
Celorot

Wacana Ilmu bulanan

  • PDF
Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor menjemput Tuan/Puan
menghadiri program Wacana Ilmu seperti berikut:-

Program : Wacana Ilmu bulanan
Tarikh : 18/4/2010
Masa : 9:30 pagi hingga 12:30 tgh
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi (Depan Pusat
Rawatan Az Zahrah)

Pembentangan 1 : Penggunaan Hadis Dhaif dalam Masyarakat Melayu
Oleh : Ust Shamsul Hakim - Pensyarah USIM

Pembentangan 2 : Murtad Menurut Perspektif Undang-undang Sivil
Oleh : Tuan Norazmir bin Haji Zakaria

Tempat adalah terhad. Bayaran sebanyak RM 20 ringgit untuk setiap invididu.
Untuk tempahan, sila hubungi Sdr Khairunnizam di 012-2911335  atau Zarifi : 019-3170056.