Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Iklan

PUM Selangor Memerlukan sukarelawan sebagai Setiausaha Kerja Webmaster. Keutamaan kepada para pelajar universiti. Sila hubungi Khairun - 012-2911335 atau email ke kn4g92 @gmail.com

Muka Utama
Lawatan Dakwah JAIS bersama NGO Islam Selangor ke Serawak

Pada 14/5/2010 hingga 17/5/2010 yang lalu, PUM Selangor telah menyertai lawatan dakwah JAIS bersama NGO Islam Selangor ke Serawak. (akan dikemaskini dari masa ke masa)

Di LCCT
Check In
Makan tengahri di Serapi Corner
Di Ibu Pejabat JAKIM Serawak
Taklimat khas pengarah JAKIM Serawak
Kenangan bersama Pengarah JAKIM Serawak
Hari pertama : Taklimat pagi
Talimat oleh ketua rombongan Ust Safuan dan Ang Kader
Perjalanan ke Lubuk Antu
di Surau Kg Merindun Lubuk Antu
Ucapan Ketua Kampung, Pak Zakaria
Rombongan kami
Rumah panjang moden
Kampung Ensebang Jaya
Hari kedua di Kampung Segubang Bau
Rombongan kami
Kenangan bersama penduduk kampung
Singgah di kedai Kek Lapis
Hari ketiga, rombongan ke pejabat HIKMAH
Rombongan kami
Ust Idris, orang kuat HIKMAH
Lawatan ke Islamic Information Centre
Kenangan bersama stff IIC
laksa serawak
Celorot
Last Updated ( Saturday, 29 May 2010 )
 
Wacana Ilmu bulanan
Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor menjemput Tuan/Puan
menghadiri program Wacana Ilmu seperti berikut:-

Program : Wacana Ilmu bulanan
Tarikh : 18/4/2010
Masa : 9:30 pagi hingga 12:30 tgh
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi (Depan Pusat
Rawatan Az Zahrah)

Pembentangan 1 : Penggunaan Hadis Dhaif dalam Masyarakat Melayu
Oleh : Ust Shamsul Hakim - Pensyarah USIM

Pembentangan 2 : Murtad Menurut Perspektif Undang-undang Sivil
Oleh : Tuan Norazmir bin Haji Zakaria

Tempat adalah terhad. Bayaran sebanyak RM 20 ringgit untuk setiap invididu.
Untuk tempahan, sila hubungi Sdr Khairunnizam di 012-2911335  atau Zarifi : 019-3170056.
Last Updated ( Friday, 16 April 2010 )
 
Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam 2010

13/3/2010, Shah Alam - PUM Selangor berjaya menganjurkan Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam 2010 di Masjid Negeri Shah Alam. Kehadiran peserta kira-kira 300 orang. Sebanyak 9 kertas kerja telah dibentangkan.

Sesi pendaftaran, macam biasa diuruskan oleh Sdr Azmi Walang, berpengalamn dan komited
Sidang pertama dimulakan
Pengarah Program tekun menyediakan keperluan
Sebahagian peserta lelaki
Sebahagian peserta wanita
Sidang kedua
Peserta bertanyakan soalan
Sidang ketiga
Sesi perasmian konvensyen oleh Ustaz Zaki
Upacara pelancaran Kelab Generasi Muda Ulama' (KAGUM), sayap baru PUM
Peserta diberikan sijil penyertaan
Sebahagian daripada urusetia konvensyen
 
KONVENSYEN KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM

PENGENALAN

Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan contohnya pelaburan melalui internet, perniagaan Multi Level Marketing (MLM) dan forex, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan faedah, amanah saham dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. Ditambah pula dengan lambakan produk- produk kewangan dan perbankan melalui instrumen yang pelbagai di pasaran, masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang sensitif untuk membuat penilaian kepada produk- produk tersebut khususnya berkaitan aspek hukum syariah.

Justeru, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) tampil memberikan penjelasan hukum berkaitan isu- isu semasa kewangan Islam melalui wahana Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam 2010 (SISMIM ‘1O) sebagai platform memberikan kefahaman berkaitan asas- asas muamalat Islam. Dengan memilih beberapa isu kewangan dan perbankan terpilih,  Konvensyen sehari ini akan memberikan penerangan dan penjelasan berteraskan teks al- quran, al- sunnah dan pendapat fuqaha’ silam dan semasa yang akhirnya akan memberikan kefahaman yang jitu kepada masyarakat Islam.

OBJEKTIF

  1. Memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan isu- isu perbankan dan kewangan yang mempunyai hubungkait dengan muamalat Islam.  
  2. Menyuntik kefahaman yang mapan serta penyelesaian syariah terhadap isu- isu semasa perbankan dan kewangan Islam.
  3. Menyemarakkan budaya keilmuan dalam kehidupan masyarakat khususnya dikalangan umat Islam.
  4. Memberikan pendedahan berkaitan konsep dan operasi pelaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat bukan Islam. 

 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

SIDANG 1
Kertas 1: Senario Sistem Kewangan dan Perbankan Islam: Isu- Isu dan Cabaran Semasa
Oleh : Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin
Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia

Kertas 2: Sistem Kewangan Islam; Satu Kajian Persepsi Dikalangan Masyarakat Bukan Islam di Malaysia
Oleh : Prof. Dr. Balachandran A. Shanmugam
Pengarah Jabatan Perbankan dan Kewangan
University Monash Kampus Bandar Sunway, Selangor


Kertas 3: Isu-isu Perundangan Dalam Kewangan Islam : Cabaran dan Harapan Kepada Institusi Kehakiman Syariah
Oleh : YA. Dato’ Haji Muhammad Asri bin Abdullah
Hakim Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia


SIDANG 2
Kertas 4: Faedah Perbankan Konvensional dan Keuntungan dalam Perbankan Islam: Sorotan Fiqh Perbandingan
Oleh : Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Ketua Jabatan Penyelidikan, International Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia


Kertas 5: Insurans dan Takaful; Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum
Oleh : YBhg. Dato’ Haji Mokhtar bin Shafie
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor/ Pengerusi Penasihat Syariah Takaful IKHLAS Sdn. Bhd.


Kertas 6: Produk Kad Kredit Islam dan Aplikasinya di Perbankan Islam
Oleh : Dr. Azman bin Mohd. Noor
Jabatan Fiqh dan Usul, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIAM /Ahli Penasihat Syariah  MNRB Re- Takaful Berhad


SIDANG 3
Kertas 7: Forex Trading dan Leverage: Konsep, Aplikasi dan Penilaian Melalui Kerangka Hukum
Oleh : Tuan Haji Mohd. Zamerey bin Abdul Razak
Ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank

Kertas 8: Perniagaan MLM Dalam Perspektif Fiqh Islami
Oleh : Ustaz Haji Zaharuddin bin Muhammad
Ahli Penasihat Syariah, HSBC Amanah Takaful
Kertas 9: Pemilikan Saham dan Ekuiti: Isu- isu Semasa Syariah
Oleh : Dr. Rusni Hassan
Kuliyyah Undang- Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

TARIKH

13 MAC 2010  DI MASJID SULTAN SALLEHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.30 petang.

Yuran Penyertaan :
Agensi Kerajaan dan Swasta   = RM 150
Individu/ Perseorangan   = RM   50
Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah = RM   30

Pendaftaran Penyertaan :
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 8 Mac 2010 dengan menghubungi:

i. Sdra. Mohd Azmi - 013- 384 0710
ii. Pej PUM, 03-79554300

Email     : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Blog   : http://www.pumselangor.org




Last Updated ( Monday, 22 February 2010 )
 
KENYATAAN AKHBAR PUM SELANGOR 14 JANUARI 2010

KENYATAAN AKHBAR
PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR
BERKAITAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI KALANGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMCS) menjunjung tinggi titah DYMM Sultan Selangor yang telah menitahkan semua pihak di negeri Selangor agar berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

PUMCS berpandangan titah DYMM Sultan Selangor ini adalah bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan juga keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah sebulat suara bersetuju memutuskan lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
 
Oleh yang demikian, PUMCS menyeru semua pihak supaya akur dan mematuhi oleh titah DYMM Sultan Selangor ini dalam usaha memelihara kesucian aqidah dan keharmonian rakyat di negeri Selangor. 

Masyarakat bukan Islam juga adalah diseru agar lebih sensitif dan peka dengan isu- isu yang menyentuh hal ehwal umat Islam. Perkara ini hendaklah dijaga dengan sebaik mungkin supaya tidak timbul sebarang pertikaian yang membawa kepada konflik antara agama dan perpecahan kaum.

Selain itu, PUMCS juga mengutuk sebarang cubaan atau perbuatan khianat terhadap mana- mana tempat ibadat tidak kira samada masjid, surau, gereja dan seumpamanya. Perbuatan tersebut bukanlah ajaran dan akhlak Islam.

PUMCS bersedia berganding bahu dengan  mana- mana pihak untuk mempertahankan hal ehwal agama Islam di dalam Negeri Selangor dan juga mempertahankan DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab memelihara kesucian agama Islam.

Kenyataan rasmi ini adalah daripada:
Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik
Pengerusi
Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor

Last Updated ( Thursday, 14 January 2010 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>

Results 7 - 16 of 23

Bancian

Bagaimana anda menilai sesuatu produk makanan itu halal atau haram ?
 

Pelawat

12,002Visitors:
9Visitors today:
35Visitors yesterday: