Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Iklan

PUM Selangor Memerlukan sukarelawan sebagai Setiausaha Kerja Webmaster. Keutamaan kepada para pelajar universiti. Sila hubungi Khairun - 012-2911335 atau email ke kn4g92 @gmail.com

Muka Utama
Program Tautan Kasih Bersama Kg Bagan Lalang Sepang

18/12/2009 - PUM Selangor dengan kerjasama Sekretariat Ulama Asia Tenggara (SHURA) serta Pejabat Agama Islam Daerah Sepang (PAID) telah mengadakan program Sehari Bersama Masyarakat di Kampung Bagan Lalang, Sepang. Seawal jam 7.00 pagi, aktiviti dimulakan dengan penyembelihan lembu dan memasak, diikuti ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah dan makan tengahari. Di sebelah petang pula diadakan ceramah wanita dan pertandingan futsal. Program ditutup dengan forum perdana pada selepas maghrib.

Ceramah motivasi
Antara peserta ceramah motivasi
Urusertia
Menjamu selera
Ramah mesra
Wanita Kg Bagan Lalang
Futsal bermula dalam hujan
Para peserta menanti giliran bermain hujan
Hujan berhenti
Barisan panelis bersama penduduk kampung
Kehadiran memberansangkan ke forum perdana
Ketua Kampung memberikan ucapannya
Kyusuk mendengar forum
Panel forum
Penyampaian hadiah
Gambar kenangan urusetia, pimpinan Kg Bagan Lalang dan para panel jemputan
Last Updated ( Sunday, 20 December 2009 )
 
SIMPOSIUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor akan menganjurkan :

 Program
SIMPOSIUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Tarikh dan Masa
23 - 24 Disember 2009 / 06 - 07 Muharam 1431H
8.30 am hingga 5.00 pm

Tempat
Dewan ANNEX, SUK, Shah Alam

Ucapan Perasmian
Dato’ Dr Hassan bin Mohd Ali
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM, ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM 

Ucaptama
YBhg. Dr Wahbah Az-Zuhaily
Pengantar Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam

Kertas Kerja yang akan dibentangkan

SIDANG  1
PRINSIP UMUM DALAM PEMBINAAN HUKUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM
Moderator:  Prof Madya Dr Abdul Karim Ali

Prinsip-prinsip Usul Dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini
Dr Luqman bin Hj. Abdullah
Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Siyasah Syar’iyyah Dalam Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk
Prof. Madya Dr. Shukeri Muhammad
Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam UM

Kesilapan Golongan Liberal Islam dalam Menanggapi Fiqh Pluralistik”
En Muhammad Atiullah bin Othman
Jabatan Pendidikan Moral, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

SIDANG 2
SENARIO ORANG BUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Moderator : Ust Shamsul

Latar Belakang Sejarah, Politik, Budaya  dan Sosial Masyarakat  Bukan Islam di Malaysia 
Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim
Jabatan Sejarah, Universiti Malaya (UM)

Hubungan Masyarakat Islam dan Masyarakat Bukan Islam Dalam Konteks Sejarah Islam
Dr Mohd Roslan bin Mohd Nor
Jabatan sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam UM

Bagaimana Berinteraksi dengan Non Muslim dalam Konteks Malaysia
Mohd Nidzam bin Abd Kadir,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

SIDANG  3
UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT BUKAN   ISLAM
Moderator:  YA Tn Abu Bakar Daud

Bukan Islam dan Kehakiman dalam Islam
YAA Tan Sri Dato’ Sheikh Ghazali bin Hj Abdul Rahman
Penasihat Undang-undang Syariah, Jabatan Peguam Negara

Hukum-hukum kekeluargaan bukan Islam dalam Perundangan
Prof Madya Dr Najibah Md Zin
Jabatan Undang- Undang Islam, Kuliyyah Undang- Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Kehakiman Syariah
Dr. Zulfakar bin Ramlee
Jabatan Undang- Undang Islam, Kuliyyah Undang- Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

SIDANG 4
ORANG BUKAN ISLAM DI NEGARA ORANG ISLAM
Moderator : Prof Madya Dr Shukeri Mohamad

Konsep Kerakyatan Orang Bukan Islam Dalam Politik Islam Moden – Satu kajian berdasarkan Fiqh Ahl Zimmah
Dr Ahmad Zaharuddin Ahmad Sani
Fellow , University of Melbourne, Victoria, Australia

Hak- Hak Mengamalkan Ajaran Agama Masyarakat Bukan   Islam Dalam Sebuah Negara Islam
Ustaz Zahari bin Mahad Musa
Pensyarah
Fakulti Syariah dan Undang- Undang, Universiti Sains Islam Antarabangsa Malaysia (USIM)

Jizyah kepada warganegara Bukan Islam : Realiti Malaysia
Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM)

SIDANG 5  
EKONOMI, SOSIAL DAN BUDAYA
Moderator : Dr Mohd Roslan Mohd Nor

Baitul Mal, Zakat, Sistem Percukaian dan Harta Negara serta Hubungannya dengan Masyarakat Bukan Islam Menurut Pandangan Islam
Prof. Madya Dato’ Dr Hailani Muji Tahir
Universiti Kebangsaan Malaysia

Islam dan Toleransi Budaya Dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia
Prof. Madya Dr Md Nor Manuty
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Pendidikan Orang Bukan Islam Dalam Pusat Pengajian Islam
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Tamuri
Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM)

Perayaan Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam
Dr. Basri Ibrahim
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Kampus KUSZA

Sila hubungi Sdra Azmi - 0379554300 untuk maklumat lanjut

Last Updated ( Saturday, 12 December 2009 )
 
RESOLUSI SEMINAR FENOMENA NAJIS MUGOLLAZAH DALAM DUNIA KONTEMPORERI, TAHUN 2009

17 Syaaban 1430 / 8 OGOS 2009
AUDITORIUM SIRIM BERHAD, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Menginsafi bahawa Standard Halal adalah suatu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah dan suatu keperluan utama pada masa ini, berikutan penggunaan bahan Babi yang meluas. Maka Seminar Fenomena Najis Mugolazah Dalam Dunia Kontemporeri Tahun 2009 bersetuju menerima usul berikut :

1. Semua pihak hendaklah mengembelingkan tenaga semaksima mungkin bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan standard halal dalam semua keperluan harian di kalangan umat Islam sama ada di peringkat nasional atau international agar jati diri muslim dapat diperkasakan.

2. Saintis Muslim hendaklah berusaha dengan lebih gigih bagi menggantikan bahan-bahan dari unsur Babi dalam semua produk keperluan umat Islam supaya cita-cita untuk  mencapai tahap sifar Babi dapat dicapai.

3. Mendesak pihak berwajib supaya

i) Memperkasa usaha penyelarasan dan penguatkuasaan standard Halal di kalangan agensi-agensi yang berkaitan dengan lebih menyeluruh dan tegas.
ii) Menyegerakan pembentangan Akta Halal di Parlimen, Malaysia agar ia boleh dilaksnaakan dan dikuatkuasakan supaya agensi yang berkaitan dengan sijil halal boleh dikawal dan  wibawa mereka boleh dipertingkatkan dimata pengguna dan pengusaha produk Halal.
iii) Kajian mengenai penubuhan pusat ternakan babi moden hendaklah diteruskan agar boleh dilaksanakan bagi melindungi alam sekitar dari pencemaran yang berpanjangan. Namun demikian ia hanyalah bagi memenuhi keperluan orang bukan Islam di Malaysia dan bukan tujuan eksport.
iv) Pendidikan Vaterina di Malaysia hendaklah diperkasakan bagi memenuhi keperluan cabaran semasa dengan mengambil kira tuntutan agama dan sensitivity sosiobudaya setempat.
v) Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hendaklah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jabatan Standard Halal Malaysia agar ia lebih berkesan dalam menangani produk halal di Malaysia.
vi) Jabatan Standard Malaysia, hendaklah dilibatkan secara aktif dalam menggubal dan mengawal selia pemberian sijil halal oleh agensi-agensi yang dilantik oleh pihak kerajaan agar ketelusan dan keselarasan standard halal dapat dicapai.

4. Kajian ke atas kaedah Istihalah dalam pengajian fiqh perlu diperhalusi bagi menangani ledakan Bioteknologi dalam industri pertanian, penternakan, pemakanan, kesihatan, kosmetik dan lain-lain. Justeru para ulamak di seru supaya lebih pro aktif dalam menangani isu-isu sains semasa supaya manfaat perkembangan sain dan teknologi dapat di gunakan dalam keadaan serasi dan bertepatan dengan tuntutan Syarak.

5. Umat Islam didesak supaya meningkatkan kesedaran dan daya sentiviti yang tinggi untuk menolak pengunaan produk-produk yang mempunyai usnsur Babi agar pihak pengeluar akan lebih berhati-hati dan pihak berkuasa lebih bersungguh-sungguh menangani isu standard Halal.

Last Updated ( Tuesday, 18 August 2009 )
 
Seminar Krisis Murtad

Selangor (30 Mei 2009) - PUM Selangor dengan kerjasama Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) serta Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berjaya menganjurkan Seminar Krisis Murtad bertempat di Dewan Seminar Utama Masjid Negeri. Seminar sehari ini telah dihadiri oleh kira-kira 280 orang peserta dari segenap lapisan masyarakat dan telah dirasmikan oleh wakil Exco Agama dan Adat Melayu iaitu YB Dr Syafie Abu Bakar. Dengan penampilan beberapa pembentang kertas kerja yang berpengalaman, seminar ini diharap memberikan manafaat kepada msyarakat tentang bahaya gejala murtad.

Last Updated ( Tuesday, 02 June 2009 )
Read more...
 
RESOLUSI SEMINAR BALDATIN TAYYIBAH : MODEL ANDALUSIA 1430

 Menyedari keperluan membina sebuah negara maju adalah tuntutan murni yang dicita-citakan oleh rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya, seminar pada hari ini merumuskan;

 

1. Pembinaan negara maju hendaklah berteraskan kepada al-Quran dan al-Sunnah serta nilai-nilai asas universal yang baik yang tidak bertentang dengan keduanya agar sesuai dengan konsep Baldatun Tayyibah wa Rabbun Ghafur.

Rasulallah SAW bersabda : Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya (Sahih: Dikeluarkan oleh Malik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619) 

 

2. Menerima dan memperkukuhkan institusi Kesultanan Melayu, kepimpinan umat Islam, kedudukan Bahasa Melayu dan Agama Islam sebagai teras pembentukan Selangor maju di samping memberikan kebebasan kepada rakyat pelbagai kaum, etnik dan agama mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing dalam ruang lingkup keadilan dan kedaulatan undang-undang serta perlembagaan.

 

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang Yang beriman, Yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).Surah Al-Maidah : 55. 

3. Menyuburkan dan meluaskan dialog dan perbincangan antara kaum dan agama demi memupuk toleransi bermasyarakat atas asas kesefahaman, keharmonian dan saling hormat-menghormati bagi mensifarkan sentimen kepuakan yang boleh menimbulkan kegusaran hidup bermasyarakat.

Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa“.Al-Hujurat ayat 13 “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu,dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. ( Al-Mumtahanah, 8 )   

4. Menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang serta menolak sebarang bentuk kezaliman dan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat sesuai dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah.

 

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukuman di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil“.An-Nisa’ ayat 58. 

5. Menggalak, menyubur dan mengukuhkan institusi ilmu pengetahuan, perbincangan ilmiah, wacana-wacana akademik dan dakwah Islamiah serta mengangkat martabat ilmuan khususnya ulama dan cendekiawan di semua peringkat serta mendekatkan mereka dengan institusi pemerintah sebagaimana yang berlaku dalam sejarah tamadun Islam yang menjadikan para ulama dan cendekiawan sebagai rakan dan penasihat, bukannya musuh yang sering dicemburui.

“Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu beberapa derajat.” (QS. Al-Mujadilah: 11) 

6. Memperluas dan memperjelaskan konsep Baldatun Tayyibah wa Rabbun Ghafur kepada segenap lapisan masyarakat di Selangor bagi melenyapkan keraguan mereka tentang kebaikan sistem pemerintahan yang berteraskan kepada wahyu. “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,” (QS An-Nahl [16]: 125). 

7. Membentuk kebudayaan dan kesenian masyarakat yang menjurus kepada mendidik jiwa dan membentuk keperibadian, bukan kebudayaan dan kesenian yang membinasakan akhlak, moral dan integriti diri.Sabda Rasulallah SAW: Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan kesempurnaan akhlak. HR Al-Bukhari.  

 27 MUHARRAM 1430 H / 24 JANUARI 2009.PERSATUAN ULAMA MALAYSIA, CAWANGAN SELANGOR.DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,SHAH ALAM, SELANGOR.

Last Updated ( Sunday, 01 February 2009 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>

Results 13 - 22 of 23

Bancian

Bagaimana anda menilai sesuatu produk makanan itu halal atau haram ?
 

Pelawat

12,002Visitors:
9Visitors today:
35Visitors yesterday: