PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Thursday, Sep 21st

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Fokus Semasa Munakahat

Munakahat

Nafkah Iddah Selepas Perceraian

  • PDF

Kitab Matan Abi Suja' yang dinamakan Al-Ghayah wa Al-Taqrib, cetakan 1417H/1997M, muka 34 ada menyebut;

Yang bererti;

" Bagi perempuan yang diceraikan dan ber'iddah dengan 'iddah raj'iah adalah berkewajiban mendapat tempat tinggal dan nafkah."

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Talaq ayat 6;

Yang bermaksud;

"Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalankan 'iddahnya) di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakitkan mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan kamu hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)...”

Rujuk dengan Perbuatan Tidak Sah Menurut Pendapat Mazhab Imam Syafie

  • PDF

Merujuk kepada beberapa ayat al-Quran, hadis Rasulullah saw dan pendapat fuqaha-fuqaha seperti di bawah ini:-


وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (228)

Maksudnya: Dan isteri-isteri itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci dari haid. Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan dan tidak memberitahu tentang anak yang dijadikan Allah dalam kandungan mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Sebab Wajib Nafkah Isteri Menurut Jumhur Ulama Fiqh

  • PDF

Para ulama fiqh berselisih pendapat di dalam memberi sebab kewajipan nafkah terhadap isteri. Perbahasan mereka adalah disekitar persoalan apakah wujudnya nafkah itu kerana adanya akad perkahwinan yang sah, atau disebabkan adanya hak al-habs pada suami, atau disebabkan adanya penyerahan sepenuhnya diri isteri (al-taslim al-tam) kepada suaminya.

Menurut Imam al-Syafici di dalam qaul jadid, nafkah isteri  wajib apabila wanita yang dikahwini itu merelakan dirinya untuk disetubuhi (al-taslim). Ertinya, tidak wajib nafkah kepada isteri sehingga adanya al-taslim atau al-tamkin.  

Bagi para ulama mazhab Maliki dan Hanbali, mereka juga berpendapat sebab wajib nafkah ke atas isteri ialah al-taslim iaitu adanya kesediaan isteri untuk disetubuhi.  Ini bererti, walaupun wujud akad perkahwinan yang sah, selagi mana isteri tidak bersedia menyerahkan dirinya untuk disetubuhi suaminya maka selagi itulah dia tidak berhak ke atas nafkah suami. Menurut al-Bahuti, ulama dari mazhab Hanbali, ia termasuklah isteri yang masih kecil yang tidak layak untuk disetubuhi. Golongan ini tidak layak mendapat nafkah dari suami sehinggalah mereka mencapai umur baligh dan layak untuk disetubuhi.