PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Saturday, May 19th

Last update08:19:51 PM GMT

You are here: Fokus Semasa Jenayah Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah : Suatu Pengenalan Ringkas

Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah : Suatu Pengenalan Ringkas

  • PDF

(gambar: hukuman bagi peminum arak)

SEJARAH UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM                                               

  • Undang-undang Jenayah Islam di Tanah Melayu 
    • Batu Bersurat Trengganu antara lain menyebutkan hukuman zina, seratus rotan bagi bujang dan rejam bagi yang dah berkahwin (22 Februari 1303)
    • Undang-undang Melaka antaranya mengenakan hukuman Allah bagi yang mencuri (Fasal 7.2), membunuh (Fasal 5.3), zina (37.2), qazaf, diyat dan takzir
    • Majallat-al-Ahkam, suatu kumpulan undang-undang Mal Islam telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan diiktiraf sebagai undang-undang yang harus diikuti di mahkamah-mahkamah di Johor pada tahun 1914
  • Kedatangan British ke Tanah Melayu
    • Undang-undang Islam telah diberi tafsiran yang sangat sempit.
    • Undang-undang Inggeris telah mengambil tempat (Common Law)

ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN

  • Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan :

“Islam ialah agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.


PERKARA 121 (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

  • Telah Memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang Islam
  • Menolak campur tangan Mahkamah Sivil dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah Memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang Islam
  • Menolak campur tangan Mahkamah Sivil dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah


JADUAL KESEMBILAN SENARAI II – SENARAI NEGERI

  • Jadual Kesembilan Senarai II – Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa negeri mengenai pentadbiran agama Islam termasuklah membuat undang-undang  Islam.
  • Negeri-negeri mempunyai kuasa untuk pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu.
  • Hukuman kesalahan tertakluk kepada bidangkuasa yang diberikan oleh Undang-undang yang dibuat oleh Persekutuan – Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984)


UNDANG-UNDANG KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

  • Setiap negeri di Malaysia mempunyai undang-undang kesalahan jenayah Syariah
  • Peruntukan kesalahan adalah berbeza di kebanyakan negeri
  • Terdapat negeri yang masih memperuntukan kesalahan jenayah Syariah dalam undang-undang pentadbiran


AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 [AKTA 559]

  • Berkuatkuasa  pada  31 Mac  1997
  • Terdapat 8 bahagian
    • Permulaan
    • Kesalahan yang berhubung dengan ‘Aqidah
    • Kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan Institusinya
    • Kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan
    • Kesalahan pelbagai
    • Penyubahatan dan percubaan
    • Kecualian am
    • Perkara am