PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Tuesday, Jul 25th

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Fokus Semasa Akidah

Akidah

KEHANCURAN PEMIKIRAN IRSHAD MANJI - ULASAN JAKIM

  • PDF

Baru-baru gempar isu kedatangan seorang wanita berbangsa uganda bernama Irshad Manji yang membawa pemikiran Islam Liberal dan penuh kontrovesi di negara Malaysia. Penulis yang menulis sebuah buku Allah : Kebebasan dan Cinta yang diterbitkan oleh ZI puclication telah membawa pemikiran yang jelas bercanggah dengan Islam.

PUMSEL juga tidak terkecuali mengecam keras kehadiran penulis ini dan menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), JAKIM, KDN dan pihak berkuasa terhadap buku ini. Masyarakat tertanya-tanya apakah isi kandungan buku tersebut sehingga di cop sebagai penyebar pemikiran sesat dan boleh menyebabkan terpesong dari agama.

PUMSEL ingin panjangkan ulasan dan kajian daripada Alfadhil Ustaz Mohd Aizam Mas'ud, penyelidik cawangan akidah, bahagian penyelidikan, JAKIM yang telah mengkaji dan mengulas buku tersebut untuk memberi gambaran jelas kepada pembaca tentang "pengharaman" buku ini.

LINK - http://www.islam.gov.my/kerancuan-pemikiran-irshad-manji-dalam-bukunya-allah-kebebasan-dan-cinta-0

Insyallah PUMSEL turut akan membahaskan isi kandungan buku ini atas analisa yang akan dikupas oleh Timbalan Pengerusi PUMSEL Al-Fadhil Ustaz Rumaizi Ahmad dalam diskusi Muntada Haraki PUMSEL pada bulan Jun.

FATWA MEMBERI UCAPAN SEMPENA HARI PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM

  • PDF

PUMSEL menerima banyak panggilan bertanyakan tentang Hukum memberi Ucapan kepada Orang bukan Islam sempena Hari Perayaan mereka. Sehubungan itu, para alim ulama' di negara kita yang pakar dalam bidang masing-masing dan menganggotai Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan untuk memberi panduan kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung perkara ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Apache Sereng Sebar Ideologi

  • PDF

Geng Apache Sereng yang menduduki carta teratas kumpulan mat rempit tegar, dikesan cuba menjadikan kumpulan mereka mirip kongsi gelap apabila merancang mengukuhkan kedudukan di seluruh negara, selain menerapkan ciri-ciri ‘ketaksuban’ dan terbabit kegiatan jenayah.

Perkembangan itu dibuktikan menerusi pengakuan bekas pengikut dan remaja yang terlalu taksub dengan kumpulan terbabit sehingga menyebarkan ideologi mereka melalui laman web kenalan antarabangsa seperti myspace.

Lebih membimbangkan, kumpulan Apache Sereng dikatakan turut melebarkan pengaruhnya dengan merekrut ahli membabitkan pelajar sekolah dan setiap ahli dikenakan bayaran tertentu serta kad keahlian.

Seorang pelajar tingkatan tiga yang taksub untuk menjadi ahli kumpulan Apache Sereng, Halim, 15, berkata kerana terlalu fanatik terhadap kumpulan itu, dia sanggup lari dari rumah untuk mendaftar sebagai ahli.

Katanya, di kalangan rakan sekolah, kumpulan itu sering menjadi sebutan dan ramai mahu menyertainya.

“Antara tarikan utama kumpulan itu ialah pengikutnya digeruni dan dihormati kumpulan mat rempit lain. Jika kita buat hal atau ‘diusik’, ahli kumpulan memberi perlindungan dan membalas dendam.


“Kerana terpengaruh, saya sanggup lari dari rumah di Shah Alam ke Sepang selepas diberi ‘lampu hijau’ untuk menyertai kumpulan itu di Sepang. Bagaimanapun, hasrat saya tidak kesampaian apabila dikesan ibu bapa yang terus menghantar saya ke sebuah pusat pemulihan akhlak,” katanya.

Seorang lagi remaja yang mahu dikenali sebagai Zahari, 15, menyifatkan kumpulan itu bukan calang-calang kerana ada ramai ahli dan pengaruh di seluruh negara.

“Ramai menganggap kumpulan itu hanya menerima ahli yang memiliki motosikal, tetapi sejak kebelakangan ini mereka tidak kisah jika ahli tiada motosikal. Yang penting, mereka mahu menambah ahli dan melebarkan pengaruh,” katanya.

Menurut Zahari, dia pernah terbabit dengan jenayah curi motosikal dan beranggapan dengan ‘rekodnya’ itu, dia diberi lebih perhatian dalam kumpulan.

“Saya difahamkan, sesiapa yang ada rekod jenayah, terutama curi motosikal dan mahu menyertai kumpulan itu, laluannya lebih mudah, malah cepat naik.

“Saya difahamkan, ini kerana di kalangan ahli kumpulan itu memang ada yang terbabit dengan kegiatan curi motosikal,” katanya.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamza Taib, baru-baru ini dilaporkan berkata, pihaknya mengenal pasti lima kumpulan lumba motosikal haram yang aktif melakukan aktiviti mereka di ibu kota iaitu Geng Apache, Apache Junior, Apache Sereng, Pangkah dan Jamil Maut.

“Kumpulan itu dipercayai turut terbabit dengan kegiatan curi motosikal dan ragut,” katanya. Ketika diminta mengulas lebih lanjut perkembangan itu, terutama kegiatan jenayah dan pembabitan pelajar sekolah dalam kumpulan Apache Sereng, Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharuddin, menyifatkan keadaan masih terkawal.

“Ia tidak sampai ke tahap seperti digembar-gemburkan mereka. Polis sentiasa memantau bukan saja kumpulan itu (Apache Sereng) tetapi juga kumpulan lain. Setiap minggu polis buat operasi,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, seorang bekas ahli kumpulan Apache Sereng yang lebih senior dan hanya mahu dikenali sebagai Ali, 21, mengakui anggota kumpulan haram itu begitu berpengaruh dan sering menimbulkan kekacauan di kalangan orang awam.

Katanya, minum arak, suka menimbulkan huru hara di jalan raya serta mencabar polis dan mengganggu orang ramai adalah perkara ‘wajib’ bagi mereka.

“Ahli terbuka kepada sesiapa, sama ada memiliki lesen atau tidak, tetapi untuk berbuat demikian, kami perlu merujuk di kawasan masing-masing kerana setiap kawasan ada ketua.

“Yuran dikenakan bergantung kepada ketua kawasan, ada yang mengenakan RM10, RM20 atau RM30 seorang dan dengan bayaran itu ahli baru menerima ‘sticker’ (pelekat) kumpulan serta kad ahli yang tertera nama, alamat serta lambang kumpulan.

“Pernah ada remaja yang bukan ahli menampal pelekat kumpulan ini di motosikalnya dipukul kerana sewenang-wenangnya menggunakannya tanpa ‘tauliah’,” katanya.

Menurutnya, selepas menjadi ahli, mereka boleh mengikut aktiviti ahli kumpulan lain seperti ‘meronda-ronda’ sekitar Kuala Lumpur atau berkumpul beramai-ramai di kelab malam.

“Biasanya malam minggu paling mendapat sambutan berbanding hari lain. Lebih menarik lagi, pada malam itu kami membuat huru-hara seperti buat bising, ‘bakar’ (mencabar) polis dan menunggang dalam kumpulan ramai seperti 50 buah motosikal sekali gus,” katanya.

Menurutnya, di samping meronda di jalan raya, mereka suka melakukan aktiviti berbahaya atau mahu ‘tunjuk kuasa’ kepada orang ramai, termasuk kumpulan lain seperti ‘wheelie’, ‘wikang’ dan ‘main corner’.

Sepanjang satu setengah tahun menyertai kumpulan itu, Ali berkata, arak menjadi teman setianya, malah minuman haram itu menjadikannya lebih agresif.

Ali juga mempunyai pengalaman ngeri dalam hidupnya apabila rakan dalam kumpulannya meninggal dunia akibat pergaduhan dengan kumpulan lain.


Dalam pada itu, laman web kenalan antarabangsa seperti ‘myspace’ dan ‘friendster’ menjadi saluran untuk mengagung-agungkan kumpulan itu, sekali gus mampu mempengaruhi pengunjungnya.


Pemerhatian Metro Ahad di laman web itu mendapati, ahli kumpulan terbabit memuat turun logo Apache Sereng berbentuk imej dayak Amerika Syarikat dalam jumlah yang banyak di laman web masing-masing.


Berdasarkan profil ahli kumpulan terbabit, pengaruh mereka juga terbukti semakin meluas apabila tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi turut meliputi negeri seperti Johor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagaimanapun, yang mengejutkan, kumpulan terbabit secara terang-terangan mengamalkan konsep ‘ketaksuban’ apabila menerapkan unsur kebencian terhadap kumpulan mat rempit lain.

Lebih biadap, kumpulan terbabit turut mengubahsuai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila meletakkan logo kumpulan mereka dan mengubah perkataan Polis Diraja Malaysia kepada Sereng Diraja Malaysia.


Info Geng Apache Sereng

1. Aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

2. Setiap kawasan ada ketua.

3. Tarik ahli di kalangan murid sekolah.

4. Guna laman web untuk tambah ahli.

5. Ahli dikenakan yuran RM10 hingga RM30.

6. Ahli baru menerima ‘sticker’ (pelekat) serta kad ahli.

7. Selain lumba haram, ahli terbabit dalam jenayah curi motosikal dan samun.

 

Geng Apache Sereng

Geng Mat Rempit kini dikesan semakin agresif merekrut ahli baru dengan menyebarkan pelekat khas bagi membezakan satu kumpulan dengan kumpulan lain sebagai tanda penguasaan dan bilangan pengikut mengikut kawasan.


Sumber polis berkata, sehingga kini pihaknya mengenal pasti beberapa kumpulan Mat Rempit yang aktif seperti, Geng Apache, Pangkah Shell atau Budak Shell,Geng Dayak (Apache) Junior, Apache Sereng dan Geng Jamil Maut yang terus aktif berlumba terutama pada malam minggu.


Info
•    Aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan   Melaka.
•    Setiap kawasan ada ketua.
•    Tarik ahli di kalangan murid sekolah
•    Guna laman web untuk tambah ahli.
•    Ahli dikenakan yuran RM10 hingga RM30.
•    Ahli baru menerima sticker (pelekat) serta kad ahli.
•     Selain lumba haram, ahli terbabit dalam jenayah curi motosikal dan samun.

Perkembangan itu dibuktikan menerusi pengakuan bekas pengikut dan remaja yang terlalu taksub dengan kumpulan terbabit sehingga menyebarkan ideologi mereka melalui laman web kenalan antarabangsa seperti myspace.

 

{youtube} CSklwYkSi04 {youtube/}