PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Saturday, May 19th

Last update08:19:51 PM GMT

You are here: Berita Aktiviti 300 PESERTA IKUTI KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011

300 PESERTA IKUTI KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011

  • PDF

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya Konvensyen Kewangan Islam yang dirancang sejak awa

l tahun ini telah berjaya dilaksanakan. Konvensyen yang telah diadakan pada 7 Mei 2011. Konvensyen yang berlangsung di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah menarik minat lebih 300 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, IPT dan orang perseorangan. 

Konvesnyen yang dianjurkan oleh PUMSEL dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor turut mendapat tajaan dari pelbagai pihak terutamanya sektor perbankan. Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Bank Islam Berhad, Bank Muamalat, Bank Rakyat, MNRB Retakaful, Yayasan Ubaidi dan tidak dilupakan kepada rakan media VIC, I LUV ISLAM.com, IKIM.fm dan karangkraf.

Al-Fadhil ustaz Mohamad Zamri Mohamad Shapik, Pengerusi PUMSEL dalam ucapan aluannya mengulas potensi dan atmosfera kewangan islam ketika ini bukan lagi menjadi isu domestik malah sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Ramai orang yang sensitif dengan isu makanan halal, jika ada sahaja keraguan atau syubhahsoal makanan terus masyarakat meninggalkannya tetapi dalam isu kewangan ramai yang tutup sebelah mata. Sedangkan soal RIba amat dibenci oleh Allah dan Allah mengisytiharkan perang kepada orang yang terlibat dalam urusan riba.

Respon daripada peserta konvensyen juga amat positif. En. Azuan, Jabatan Syariah, Etika Takaful amat memuji langkah PUMSEL menganjurkan konvensyen kewangan Islam dan memberi  penekanan kepada soal Riba. Bukan sahaja kesedaran yang dititik beratkan malah menjadi medan "pemain" industri kewangan Islam bermuhasabah mendengar kritikan dan teguran jika ada daripada pembentang mahupun peserta.

Ust Absussomad daripada Kolej Profesional MARA pula berharap konvensyen sebegini dapat diteruskan dengan menampilkan isu-isu komtemporari yang berfokus seperti konvensyen kali ini.

PUMSEL sekali lagi mengucapakan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja, rakan media, pembentang dan peserta yang hadir. Semoga kita akan bertemu lagi di program akan datang.

Urusetia sibuk mengendalikan pendaftaran peserta
PEngerusi PUMSEL sedang menyampaikan ucapan aluan
Pembentangan sesi 1 iaitu Al Fadhil Ustaz Nazri Chik (Bank Islam) dan Prof Aziz Hanafi (Kolej INSANIAH)
Dr Akram sedang membuat pembentangan
Ucapan Perasmian oleh YAA Ust Adib Husin
Dr Zulkifli Albakri dan Ust Fairozz (ISRA) tampil dalam sesi ketiga dengan tajuk masing-masing.