
Bersempena dengan tahun baru 2012 masihi, Persatuan Ulama Malaysia cawangan Selangor (PUMSEL), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Pustaka PSN Publications Sdn Bhd telah menganjurkan program khas Lambaian Mahabbah Tahun Baru 2012 yang ditelah dipimpin oleh Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Lebih 2000 orang muslimin dan muslimat telah hadir di Dewan Solat Utama MSSAAS bagi mengikuti program ini.

Program telah dimulakan selepas solat maghrib dengan sedikit ucapan oleh Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu diikuti solat sunat tasbih, zikir dan doa. Kemudian, beliau telah meneruskan program pada malam tersebut dengan tazkirah ringkas berkaitan kejahilan manusia dalam menyambut tahun baru Masihi.
Program berlangsung lebih 2 jam dan tamat kira-kira jam 10.00 malam. Rakaman sebahagian program ini boleh ditonton menerusi laman sesawang www.youtube.com





