PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Saturday, May 19th

Last update08:19:51 PM GMT

You are here: Berita Aktiviti ISLAMIC STUDENTS' CONVENTION (i-CON)

ISLAMIC STUDENTS' CONVENTION (i-CON)

  • PDF

Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor, YBhg Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zamri Mohamed Syapik telah dipilih membentangkan kertas kerja sempena Islamic Students' Convention (i-CON) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program yang berlangsung pada 4 Disember 2011 bertempat di Experimental Hall, UIAM.

Program ini adalah kali pertama diadakan yang menghimpunkan pelajar pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Program ini adalah satu daripada 8 program di dalam Protaz Festival yang berlangsung dari 29 november 2011 hingga 5 Disember 2011 dan telah menarik minat hampir 200 orang mahasiswa.

Konvensyen ini turut melibatkan 4 orang pembentang.Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Ustaz Mohamad Zamri Mohamed Syapik, Pengerusi Persatuan Ulama' CAwangan Selangor (PUMSEL) bertajuk Peranan Pelajar Islam dalam Konteks Krisis Peradaban Kontemporari.

Kertas kerja kedua bertajuk Perhubungan antara Ekonomi Islam & Ekonomi Dunia oleh Dr. Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Pensyarah UIAM. Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan, Akademi Islam, UM membentangkan tajuk Politik Dunia Islam : Sejarah & Perkembangan manakala kertas kerja keempat bertajuk Pelajar Islam : Bina Perkembangan Negara & Bangsa oleh Ustaz Jamali Mohd. Adnan, Ketua Pen. Pengarah, Bahagian Dakwah, Jakim.

Pembentangan oleh YBhg Ustaz Zamri telah menarik perhatian para peserta konvensyen dengan mengemukakan fakta-fakta terkini krisis dunia dan mencabar kematangan mahasiswa kepada beberapa isu. Ulasan pembentangan oleh YBhg Ustaz telah memberi impak positif serta menjadi isu perbincangan mahasiswa di blog-blog pelajar dan Facebook mahasiswa yang hadir ke konvensyen tersebut.

Tahniah dan Syabas Pumsel ucapkan.