
PUMSEL ingin merakamkan ucapan Tahniah dan Syabas kepada Pengerusi PUMSEL Ybhg Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zamri Mohamad Syapik kerana telah berjaya dianugerahkan Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Syariah Undang-Undang, Universiti Malaya sempena Majlis Konvokesyen Uni. Malaya 2011. Beliau juga telah bergraduan dengan cemerlang dengan memperolehi anugerah dekan dalam beberapa semester pengajian.
Walaupun sibuk dengan urusan keluarga, komitmen kerja tetap, memimpin sebuah NGO Islam dan urusan bersama komuniti masyarakat namun beliau tetap tekun serta bersemangat memberi tumpuan kepada pengajian yang diikuti. Majlis konvokesyen ini telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Dr Raja Nazrin Shah di Dewan Canselor, Uni. Malaya.Al-Fadhil ustaz zamri juga menanam hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama suatu hari nanti.
Semoga lebih ramai tokoh-tokoh agama, agamawan yang akan berjaya dalam bidang akademik sebagai nilai tambah kepada kualiti seorang pendakwah. Tahniah daripada seluruh exco dan ahli PUMSEL kepada beliau.






