PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Saturday, May 19th

Last update08:19:51 PM GMT

You are here: Berita Aktiviti

Aktiviti

KULIAH TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MABRU AL-BANJARI AL-MAKKI

  • PDF


 

KULIAH TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MABRU AL-BANJARI AL-MAKKI


Tarikh       : 16 Mac 2012
Hari          : Jumaat
Masa       : Selepas Solat Maghrib
Tempat   : Dewan Solat, Masjid Negeri Selangor
Pengisian : Solat Tasbih, Selawat, Qasidah, Doa dan Tazkirah


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

 

2000 HADIR PROGRAM LAMBAIAN MAHABBAH 2012

  • PDF

Bersempena dengan tahun baru 2012 masihi, Persatuan Ulama Malaysia cawangan Selangor (PUMSEL), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Pustaka PSN Publications Sdn Bhd telah menganjurkan program khas Lambaian Mahabbah Tahun Baru 2012 yang ditelah dipimpin oleh Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Lebih 2000 orang muslimin dan muslimat telah hadir di Dewan Solat Utama MSSAAS bagi mengikuti program ini.

Program telah dimulakan selepas solat maghrib dengan sedikit ucapan oleh Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu diikuti solat sunat tasbih, zikir dan doa. Kemudian, beliau telah meneruskan program pada malam tersebut dengan tazkirah ringkas berkaitan kejahilan manusia dalam menyambut tahun baru Masihi.

Program berlangsung lebih 2 jam dan tamat kira-kira jam 10.00 malam. Rakaman sebahagian program ini boleh ditonton menerusi laman sesawang www.youtube.com

ISLAMIC STUDENTS' CONVENTION (i-CON)

  • PDF

Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor, YBhg Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zamri Mohamed Syapik telah dipilih membentangkan kertas kerja sempena Islamic Students' Convention (i-CON) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program yang berlangsung pada 4 Disember 2011 bertempat di Experimental Hall, UIAM.

Program ini adalah kali pertama diadakan yang menghimpunkan pelajar pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Program ini adalah satu daripada 8 program di dalam Protaz Festival yang berlangsung dari 29 november 2011 hingga 5 Disember 2011 dan telah menarik minat hampir 200 orang mahasiswa.

Konvensyen ini turut melibatkan 4 orang pembentang.Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Ustaz Mohamad Zamri Mohamed Syapik, Pengerusi Persatuan Ulama' CAwangan Selangor (PUMSEL) bertajuk Peranan Pelajar Islam dalam Konteks Krisis Peradaban Kontemporari.

Kertas kerja kedua bertajuk Perhubungan antara Ekonomi Islam & Ekonomi Dunia oleh Dr. Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Pensyarah UIAM. Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan, Akademi Islam, UM membentangkan tajuk Politik Dunia Islam : Sejarah & Perkembangan manakala kertas kerja keempat bertajuk Pelajar Islam : Bina Perkembangan Negara & Bangsa oleh Ustaz Jamali Mohd. Adnan, Ketua Pen. Pengarah, Bahagian Dakwah, Jakim.

Pembentangan oleh YBhg Ustaz Zamri telah menarik perhatian para peserta konvensyen dengan mengemukakan fakta-fakta terkini krisis dunia dan mencabar kematangan mahasiswa kepada beberapa isu. Ulasan pembentangan oleh YBhg Ustaz telah memberi impak positif serta menjadi isu perbincangan mahasiswa di blog-blog pelajar dan Facebook mahasiswa yang hadir ke konvensyen tersebut.

Tahniah dan Syabas Pumsel ucapkan.


 

PENGERUSI PUMSEL TERIMA IJAZAH SARJANA

  • PDF

PUMSEL ingin merakamkan ucapan Tahniah dan Syabas kepada Pengerusi PUMSEL Ybhg Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zamri Mohamad Syapik kerana telah berjaya dianugerahkan Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Syariah Undang-Undang, Universiti Malaya sempena Majlis Konvokesyen Uni. Malaya 2011. Beliau juga telah bergraduan dengan cemerlang dengan memperolehi anugerah dekan dalam beberapa semester pengajian.

Walaupun sibuk dengan urusan keluarga, komitmen kerja tetap, memimpin sebuah NGO Islam dan urusan bersama komuniti masyarakat namun beliau tetap tekun serta bersemangat memberi tumpuan kepada pengajian yang diikuti. Majlis konvokesyen ini telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Dr Raja Nazrin Shah di Dewan Canselor, Uni. Malaya.Al-Fadhil ustaz zamri juga menanam hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama suatu hari nanti.

Semoga lebih ramai tokoh-tokoh agama, agamawan yang akan berjaya dalam bidang akademik sebagai nilai tambah kepada kualiti seorang pendakwah. Tahniah daripada seluruh exco dan ahli PUMSEL kepada beliau.

ZIARAH KE PUSAT HOMODIALISIS FELINA

  • PDF

PADA 27 SEPTEMBER 2011, Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor melalui Unit Daerah Kuala Langat telah menyertai program ziarah ke Pusat Homodialisis Felina, Telok Datok. Program anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat dan Lembaga Zakat Selangor ini turut disertai oleh beberapa NGO Islam sekitar Kuala Langat. Pihak PUMSel diwakili oleh Ustaz Rumaizi Ahmad, Timbalan Pengerusi PUMSel yang juga Ketua Unit Daerah Kuala Langat.

Timbalan Pengerusi PUMSel, Ust. Rumaizi Ahmad bergambar bersama Pegawai PAID dan kaki tangan Pusat Homodialisis Felina.

Timbalan Pengerusi PUMSel, Ust. Rumaizi Ahmad sedang menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pesakit yang sedang menjalani rawatan di Pusat Homodialisis Felina.